BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
040e8cc1b99ad387411e6e226a6e8486668e7cb982100


Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 8.0 mata kepada 1,631.50, kontrak Januari 2026 berada pada 1,634, kontrak Mac 2026 naik 7.5 mata kepada 1,615.50, manakala kontrak Jun 2026 menokok 7.0 mata kepada 1,620.50.

Jumlah dagangan bagaimanapun merosot kepada 8,867 lot daripada 25,401 lot pada Khamis minggu lalu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 45,050 kontrak berbanding 68,288 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 20.10 mata, atau 1.25 peratus kepada 1,624.57 daripada 1,604.47 ketika ditutup pada Jumaat.

 
Back
Top
Log in Register