BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
3f0d76afbe19810e45fcfef39046f38a62a32f93de3dd


Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada sesi penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 turun 19.0 mata kepada 1,508.0, Julai 2025 susut 19.5 mata kepada 1,505.0, September 2025 jatuh 18.5 mata kepada 1,487.50 dan Disember 2025 berkurangan 18.0 mata kepada 1,493.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5,528 lot daripada 7,799 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 40,910 kontrak daripada 43,722 pada Isnin.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 8.35 mata, atau 0.54 peratus, kepada 1,511.64 daripada 1,519.99 sebelumnya.

 
Back
Top
Log in Register