BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NGO, Individu Gesa Kerajaan Utamakan Reformasi Institusi Hingga Tamat Penggal

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

NGO, Individu Gesa Kerajaan Utamakan Reformasi Institusi Hingga Tamat Penggal​

4db449c60e8902585b339afcd4f04dad68e9dd00e401d


Parlimen ke-15 berkhidmat sehingga tamat penggal pada 18 Dis 2027 bagi merealisasikan sebanyak mungkin reformasi institusi yang diperlukan untuk memperkukuh demokrasi dan tadbir urus negara.

Menurut kenyataan media bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berkenaan hari ini, Parlimen sedia ada wajar melengkapkan penggalnya kecuali jika kerajaan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.

"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menganjurkan sidang kemuncak pemimpin rentas parti yang dianggotai semua parti kerajaan dan pembangkang yang mempunyai perwakilan di Parlimen bagi merangka agenda bersama untuk baki penggal Parlimen ke-15," menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama berkenaan merupakan inisiatif Projek - Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Centre), Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) serta Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Menurut kenyataan itu, antara reformasi yang dicadang direalisasikan ialah pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, selain menetapkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun.

Mereka turut mencadangkan penggubalan Akta Ombudsman dan Akta Kebebasan Maklumat, selain undang-undang yang mewajibkan peruntukan pembangunan kawasan diberikan secara saksama kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik.

Kenyataan itu turut mencadangkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dikemas kini, selain memperluas sistem undi pos atau mekanisme undi tidak hadir kepada pengundi di luar negara dan mereka yang berada di luar negeri masing-masing.

Mereka juga mahu jawatankuasa Parlimen diperkukuh, proses menggubal dan menyemak belanjawan diperkemas serta saluran disediakan bagi membentangkan, membahaskan dan meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian.

Kumpulan itu turut menggesa semua gabungan dan parti politik menyokong agenda reformasi institusi berkenaan yang disifatkan mampu memberi manfaat kepada mana-mana kerajaan pada masa hadapan, selain mewujudkan medan persaingan yang adil.

 
Back
Top
Log in Register