BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Hargai Komitmen Parti Gabungan Kerajaan MADANI Kekal Hingga Tamat Penggal - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Hargai Komitmen Parti Gabungan Kerajaan MADANI Kekal Hingga Tamat Penggal - Fahmi​

edfd8067b866850e340b69efdc0e74a56a0d696a8fa62

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan MADANI bercakap pada sidang media mingguan yang diadakan di Angkasapuri hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada parti-parti gabungan dalam Kerajaan MADANI atas komitmen mereka untuk terus kekal bersama sehingga berakhir penggal pentadbiran kerajaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata penghargaan itu dizahirkan perdana menteri semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, khususnya kepada Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Komitmen ini mencerminkan keutamaan yang diberikan kepada kepentingan rakyat dan negara, sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan penuh kepada usaha menangani cabaran ekonomi susulan krisis di Asia Barat serta memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di Angkasapuri di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut menghargai inisiatif Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) melaksanakan kaji selidik bagi mengenal pasti cabaran dan isu khusus yang dihadapi pelbagai sektor dan industri dalam kalangan ahlinya.

Beliau berkata dapatan kaji selidik berkenaan akan membantu kerajaan merangka serta menyelaraskan pelbagai inisiatif secara lebih strategik, berfokus dan berkesan.

“Langkah ini penting bagi memastikan isu serta permasalahan industri dapat ditangani secara menyeluruh, tuntas dan mampan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register