BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar IPT Disaran Utamakan Keselamatan, Patuhi Peraturan Institusi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3c269ee8648d289879a331f03a909d3569faf8830cf03


Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini disaran sentiasa mengutamakan keselamatan diri dengan mematuhi peraturan serta penguatkuasaan yang ditetapkan institusi masing-masing.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata perkara itu termasuk menjaga batas pergaulan terutama dengan bukan muhrim.

“Kita nasihatkan anak-anak supaya tidak keluar jika tiada keperluan, terutama bersama individu bukan muhrim kerana perbuatan itu bukan sahaja haram di sisi agama, malah boleh mengundang perkara tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tragedi seorang pelajar kolej yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman di atas jalan raya berhampiran kawasan sawah Kampung Simah, Ketereh, yang dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di lokasi terbabit.

Susulan kejadian itu, empat suspek terdiri daripada tiga lelaki berusia 19 hingga 66 tahun dan seorang wanita 60 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri turut bersimpati terhadap keluarga mangsa yang diuji dengan kehilangan anak dalam kejadian tragis itu dan berharap kes berkenaan dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

Beliau turut meminta polis menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya.

 
Back
Top
Log in Register