kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Reformasi Undang-undang, Institusi Perlu âDirakyatkanâ Dengan Komunikasi Berkesan - Penyelidik
Ketua Penyelidik Kajian Undang-undang berkaitan Indeks Kedaulatan Undang-undang Malaysia Prof Dr R. Ramalinggam
Reformasi undang-undang dan institusi yang dilaksanakan kerajaan perlu “dirakyatkan” menerusi pelan komunikasi yang lebih menyeluruh, supaya rakyat memahami perubahan yang dilakukan, sekali gus membantu meningkatkan persepsi terhadap kedaulatan undang-undang negara.
Ketua Penyelidik Kajian Undang-Undang berkaitan dengan Indeks Kedaulatan Undang-Undang Malaysia Prof Dr R. Ramalinggam berkata kajian mendapati, kebanyakan rakyat termasuk kumpulan pakar yang menjadi antara sumber penilaian indeks antarabangsa, masih tidak mengetahui reformasi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan kerajaan.
“Perkara yang paling utama yang kami lihat sepanjang kajian ini ialah pelan komunikasi yang perlu sampai ke tahap (peringkat) rakyat. Apa-apa reformasi yang kita lakukan mestilah dirakyatkan sepenuhnya.
“Kalau mereka tidak tahu apa yang berlaku, maka persepsi tidak akan berubah. Bagi mengubah persepsi, strategi mesti diatur,” katanya dalam temu bual bersama dengan Bernama baru-baru ini.
Ramalinggam, yang juga pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Multimedia (MMU) berkata pelan komunikasi itu perlu melibatkan semua peringkat kerajaan, termasuk Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), selain institusi berkaitan, media serta masyarakat.
Beliau berkata penyampaian maklumat tentang reformasi, tidak seharusnya terhad kepada sidang media atau persidangan Parlimen, sebaliknya perlu dipelbagaikan mengikut kelompok sasaran melalui infografik, video pendek, audio siar, media sosial serta program turun padang.
Ramalinggam berkata kajian turut mendapati, sebahagian besar daripada responden tidak mengetahui pembaharuan yang telah dilaksanakan, sekali gus menyebabkan persepsi tentang usaha reformasi tidak berubah walaupun pelbagai inisiatif telah diperkenalkan.
“Jangan sebut orang awam, rata-ratanya golongan QRQ atau Qualified Respondents’ Questionnaire sendiri pun, tidak tahu sebenarnya apakah reformasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.