BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

 Isu 3R : Tindakan Tegas Perlu Segera Diambil, Kaji Pindaan Undang-undang Jika Perlu - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
da818262d4baec2357403a6f85f1f64f69b13d81440e5

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra hari ini.

--fotoBERNAMA(2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tindakan tegas perlu segera diambil oleh pihak berkuasa termasuk Peguam Negara berhubung isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas beberapa isu berkaitan 3R seperti dilaporkan oleh media arus perdana dan media sosial dibangkitkan.

“Tindakan tegas perlu diambil sekarang oleh pihak berwajib termasuk Peguam Negara… pada masa sama, sekiranya wujud sebarang kelompangan dalam undang-undang maka ia wajar dikaji semula,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Fahmi berkata langkah itu termasuk meminda atau mengggubal rang undang-undang baharu supaya isu berkaitan 3R dapat ditangani dengan lebih tuntas pada masa hadapan.

Semalam, beberapa anggota Jemaah Menteri berkata mereka akan membangkitkan isu provokasi agama dan kaum pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Mereka termasuk Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

 
Back
Top
Log in Register