- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 286,400
- Reaction score
- 11,908
- Points
- 2,376
SIRI ANBIYA: NABI KHANTAH
Nabi Khantah merupakan seorg Nabi yang dilantik oleh Allah dari kalangan kaum Bani Israil kepada kaumnya. Beliau dilantik menjadi Nabi pada era zaman keqadhian. Kaum Bani Israil yang pada mulanya beriman kepada Allah telah kembali sesat dan menyembah berhala setelah diperdayakan oleh Iblis Laknatullah.
Oleh kerana kemungkaran yang berleluasa itulah Allah Taala melantik beliau menjadi Nabi dan pemimpin utk membawa mereka kembali tauhid kepada Allah Taala. Setelah mendapat perintah daripada Allah Taala, Nabi Khantah pun keluar pada tiap2 malam drpd empat penjuru negeri itu untuk menyeru kaumnya.
Beliau berkata: "Wahai kaumku, sebutlah Laa ilaha ilallah. Katalah oleh kamu semua tiada Tuhan lain hanya Allah dan Dialah Tuhan Yang Esa. Tahanilah tangan kamu semua daripada menyembah berhala itu. Sesungguhnya barangsiapa yg menyembah berhala itu akan kafir dan ketahuilah kamu bahawa Iblis lah yang telah menyesatkan kamu semua dari mengingati Allah".
Sebahagian drpd pemuka kaum berkata: "Hey Khantah! Pergilah engkau dari sini. Sesungguhnya kami melihat kamu seperti org gila. Jgn sesekali kamu hendak mencampuri urusan kami". Nabi Khantah yang tidak pernah berputus asa terus berkata: "Wahai kaumku, dengarlah sesungguhnya nenek moyang kamu semua tidak pernah menyembah berhala. Sesungguhnya kamu semua tidak mampu menahani azab Allah Taala seperti mana yang pernah berlaku kepada kaum terdahulu daripada kamu semua".
Segala apa yg diserukan oleh Nabi Khantah tidak dipedulikan oleh kaumnya. Dgn segala nafas yg ada beliau tidak jemu2 mengajak kaumnya menyembah Allah.
Pada ketika itu terdpt seorg raja bernama Tiphur bin Biyanus bin Sibyanus yang mempunyai 12 ribu hamba sahaya lelaki dan mempunyai perbendaharaan yg tidak terhitung banyaknya. Pada suatu hari, baginda menitahkan para pengawalnya mencari dan menangkap Nabi Khantah tetapi tidak ditemui oleh mereka.
Keesokan harinya juga mereka tidak menemui Nabi Khantah hingga utk beberapa hari. Rupa2nya Nabi Khantah keluar pd tiap2 malam utk menyeru kaumnya. Beliau berkata: "Wahai kaumku, sesungguhnya pada keesokan hari suatu bala akan datang menimpa ke atas kamu semua".
Seruan dan amaran Nabi Khantah tidak diendahkan dan mereka tidak percaya akan bencana yg akan menimpa mereka pada keesokan hari kerana 700 tahun lamanya tiada seorg pun yang merasai mati. Pada keesokan harinya pada waktu pagi ada seorg lelaki duduk sambil berbual2 dgn sahabatnya dan dgn tidak semena2 ia lalu mati, yang sedang makan pun mati sehinggalah waktu tengahari banyaklah org yang mati sehingga tidak terhitung banyaknya.
Sebahagian drpd mereka pergi menemui Raja Tiphur dan menceritakan perihal tersebut. Raja yg merasa ketakutan memerintahkan 12 ribu hamba sahayanya memakai baju besi dan mengelilingi kota utk mengawal wabak mati mengejut tersebut. Baginda berkata kepada hamba sahayanya: " Jika mati terkejut itu datang, jangan kamu semua beri masuk".
Kemudian baginda menitahkan ahli besi membuat peti besi utk tempat baginda bersembunyi. Ketika baginda berada di dlm peti, datang seorg lelaki yg amat besar panjang dihadapan baginda. Baginda berkata: "Siapakah kamu dan bagaimana kamu blh masuk ke sini?". Lelaki itu berkata: "Akulah yg mengambil nyawa semua org yg terkejut itu dan aku adalah Malaikat Maut".
Baginda pun menyuruh Malaikat Maut kembali dan datang esok utk mencabut nyawanya lalu Malaikat Maut pun kembali kerana ada sehari lagi nyawa Raja Tiphur itu. Pada keesokannya Malaikat Maut pun dtg menemuj Raja Tiphur dan mencabut nyawanya bersama hamba sahayanya.
Kematian raja itu membuatkan para pemuka kaum yg tidak mati mengejut merasa marah lalu mencari Nabi Khantah. Mereka bersepakat utk membunuh Nabi Khantah kerana membawa bencana kepada mereka.
Akhirnya mereka menemui Nabi Khantah lalu membunuhnya. Akibat dari itu, Allah Taala menitahkan segala ular yang ada dtg dari laut mengelilingi negeri mereka. Ular itu menyembur bisa ke atas mereka sehingga mereka mati semua.
#MAMR
www.facebook.com

Mohamad Azmi Mat Rashid
SIRI ANBIYA: NABI KHANTAH Nabi Khantah merupakan seorg Nabi yang dilantik oleh Allah dari kalangan kaum Bani Israil kepada kaumnya. Beliau dilantik menjadi Nabi pada era zaman keqadhian. Kaum...