Nabi Dan Rasul Allah

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
SIRI ANBIYA: NABI YAFITH

Nabi Yafith merupakan seorg Nabi dan dilantik oleh Allah Taala ketika bapanya masih hidup. Beliau merupakan anak kepada Nabi Nuh bin Nabi Lamak bin Nabi Matusyalakh bin Nabi Akhnukh(Idris) bin Nabi Yarid bin Nabi Mahlil bin Nabi Qainan bin Nabi Anusy bin Nabi Syith bin Nabi Adam.

Setelah meningkat dewasa, beliau telah bernikah dgn seorg wanita bernama Arbasisah binti Marazil bin Daramsil bin Mahwila bin Akhnukh bin Qabil bin Nabi Adam.

Hasil perkongsian hidup, beliau mendpt beberapa org anak bernama Gomer, Madai, Makjuj, Javan(Yunan), Tubal(Qutubal), Masyikh, Tiras, Saubil, 'Alajaan, Turk, Tarsi, Shabaka, Dannai, Gresus dan Hispanius.

Setelah Banjir Besar, Nabi Nuh telah menyerahkan kepada beliau belahan bumi bahagian utara dan timur. Beliau bersama 14 pemerintah dari generasinya telah menuju ke arah Eropah dan sebahagiannya telah menyebar ke utara di Asia Kecil bahagian utara sampai di lereng selatan Pergunungan Kaukasus.

Sepanjang ekspedisi, beliau tidak pernah lupa mengingati mereka tentang Allah dan sentiasa bersikap terbuka kepada keturunan dan pengikutnya.

Pada mulanya anak2 beliau menetap di Pergunungan Taurus dan Amanus. Kemudian mereka berpindah dari Asia hingga ke Sungai Tanais (Don) dan hingga ke Eropah sampai ke Cadiz; dan menempati negeri2 yg mereka datangi, yg sebelumnya tidak berpenghuni. Mereka menamai bangsa2 sesuai dgn nama2 mereka sendiri.

Kebanyakkan keturunan beliau menjadi pemerintah di satu2 kota. Di antara mereka ialah:

1) Tugarmah(Toork) menjadi penguasa pertama di daerah timur.

2) Alanus bin Petebir menjadi org pertama yg memasuki Eropah dan membina peradaban di sana.

3) Brutus bin Alanus merupakan penguasa pertama yg menduduki dan membina kota di Britain.

4) Andalus bin Tubal menjadi penguasa pertama bagi Kota Andalus.

5) Jalaliqah bin Yafith menjadi penguasa pertama Kota Galicia di Sepanyol.

6) Amur bin Yafith menjadi penguasa pertama yg membangunkan negara China.

Nabi Yafith hidup dalam keadaan aman damai bersama para penguasa dr keturunannya sehinggalah beliau wafat.

#MAMR


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
SIRI ANBIYA: NABI IRIAL I FAID

Nabi Irial I Faid a.s merupakan seorang tokoh Nabi yang diutus oleh Allah utk bangsa Ireland. Selain menjadi Nabi, beliau menjawat jawatan sebagai raja bagi Kerajaan Ireland yang ke-10. Beliau merupakan putera kepada Raja Eochaid II.

Ibu beliau berasal dari kaum Bani Israil dan bernama Puteri Tamar (Tephni) binti Raja Zedekiah, raja Kerajaan Judah bin Raja Josiah. Ibunya berpegang kuat dgn ajaran Nabi Musa a.s dan berpindah ke Ireland selepas bernikah dgn bapanya.

Di dalam istana, beliau dididik dan diasuh dgn baik tetapi beliau tidak selesa dengan cara hidup bapanya dan bangsa Ireland yg suka membuat kemungkaran dan menyembah berhala sehingga di suatu masa beliau di datangi Malaikat Jibril dan melantik beliau menjadi Nabi.

Mungkin darah para Nabi mengalir dlm tubuhnya membuatkan beliau terpilih menjadi Nabi kerana moyangnya yg bernama Raja Josiah mempunyai isteri bernama Hammutal binti Nabi Yeremia bin Nabi Hikiah.

Ketika zaman pemerintahan bapanya, beliau banyak mengajak kaum dan bapanya beriman dgn Allah tetapi beliau mendapat tentangan dari para pendita berhala. Mereka menghasut bapanya dan mengatakan bahawa beliau sudah sesat dan gila kerana terpengaruh dlm dunia mimpi.

Oleh yg demikian, Nabi Irial I Faid memohon kepada Allah agar mereka mendapt balasan. Beberapa hari kemudian, penduduk Ireland mendapat sejenis penyakit. Mereka berusaha untuk mengubati diri mereka tetapi penyakit tersebut makin merebak.

Akhirnya mahu tak mahu mereka terpaksa meminta pertolongan dr Nabi Irial I Faid dan berjanji akan beriman dan meninggalkan amalan penyembahan berhala. Nabi Irial I Faid pun memohon kepada Allah agar menyembuhkan penyakit mereka.

Dgn izin Allah penyakit yg mereka hadapi hilang dan berimanlah semua penduduk Ireland. Ketika Nabi Irial I Faid menjadi raja, mereka semua hidup dalam suasana aman dan damai dan beriman dgn Kitab Taurat dan Zabur.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
SIRI ANBIYA: NABI MENCIUS

Nabi Mencius merupakan salah seorg dari 20 org Nabi yg dilantik oleh Tian (Tuhan Yang Maha Esa) kepada bangsa Hokkian. Beliau dilahirkan dlm tahun 372 Sebelum Masihi. Di dalam sejarah, beliau sering dikenali dgn nama Mengzi atau Bingcu.

Beliau merupakan seorg Nabi yg gerak dan lakunya selalu mencerminkan kebajikan. Beliau merupakan tokoh kedua besar selepas Nabi Confusius. Di kisahkan sebelum beliau dilantik menjadi Nabi, beliau telah banyak melihat manusia melakukan kemungkaran serta kemunculan aliran2 yg menyimpang tanpa ada batasan.

Setelah beliau dilantik menjadi Rasul, dgn dikurniakan kecerahan, semangat dan kemampuan, beliau yakin dpt menegakkan dan meluruskan ajaran yg menyimpang jauh ke jalan kebenaran. Di dlm menyampaikan risalah, beliau sering mengingatkan kaumnya tentang konsep ketuhanan dan tentang lahirnya Nabi Muhammad SAW sbg penutup para Nabi.

Beliau juga menegaskan bhw Tian (Yang Maha Esa) telah mengurniakan manusia dgn watak sejati yg aslinya baik. Tian juga telah mengurniakan manusia suatu rahsia yg besar dan berharap agar manusia itu dpt mencapai rahsia tersebut selain menekankan perlunya pembangunan iman dan kehidupan rohani.

Beliau pernah memberitahu kaumnya: "Wahai kaumku, sesungguhnya yg benar2 dpt menyelami hati akan dpt mengenal watak sejatinya (dirinya) dan yg mengenal watak sejatinya akan mengenal Tian (Yang Maha Esa)".

Umat dibawah pimpinannya hidup dlm rahmat Tian dan mereka sentiasa membuat kebaikan di mata tuhan sehinggalah Nabi Mencius wafat tahun 289 Sebelum Masihi.

Ajaran beliau selepas kewafatannya bertahan utk beberapa tahun saja dan mereka kembali menyembah selain Tian dan memutar belitkan ajaran yg beliau bawa.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
SIRI ANBIYA: NABI ZARATHUSTRA

Nabi Zarathustra a.s merupakan seorg Nabi dan Rasul yang dilantik oleh Allah Taala pada bangsa Persia. Beliau merupakan anak kepada Pourushasp Spitama bin Padiragtaraspo Spitama bin Urugadhasp Spitama bin Haecadaspa Spitama bin Kikhshnus Spitama bin Paetrasp Spitama bin Aregadharsn Spitama bin Hardhar Spitama bin Spitam bin Vaedisht bin Nayazam bin Airik (Rajan) bin Eldaah bin Madyan bin Nabi Ibrahim a.s.

Sejak dari kecil beliau sentiasa menjaga kambing dan jauh dari rakan2. Ketika beliau lingkungan 20-an, beliau sering memerhatikan kejadian langit. Baginya semua yg wujud di atas muka bumi ini mempunyai Tuhan. Setiap yg ada di langit dan di bumi memuji Tuhannya.

Penglihatan beliau telah terbuka dan matang untuk menerima cahaya yg terpancar dari langit dan bumi. Namun beliau masih terpenjara oleh jasadnya. Persekitaran yg menyelubunginya menjadikan dirinya terbelenggu kerena keluarganya menyembah adat resam terdahulu iaitu menyembah Mithra (Tuhan Matahari) dan Anita (Tuhan kesuburan dan bumi). Beliau berazam utk meninggalkan tanahairnya dan menjelajah alam yg luas ini. Beliau berharap utk menemui rahsia Tuhan yg agung.

Sepuluh tahun berlalu. Beliau masih berkelana di pendalaman. Jiwa dan rohnya memerhati sekeliling. Sesungguhnya dunia ini mempunyai Tuhan yang Maha Bijaksana, Tuhan cahaya dan langit, Ahura Mizda, Pencipta segala kejadian.

Beliau sampai di Azarbaijan dan tiba di tepi Sungai Dini pada waktu pagi. Beliau pun bermunajat: "Tuhanku, wahai Ahura Mizda, siapakah yg menentukan peredaran matahari dan bintang2? Siapakah yg menghamparkan bumi dan menggantungkan langit serta menjaganya daripada terjatuh? Siapakah yg menganugerahkan kebijaksanaan wahai Ahura Mizda?".

Sedang beliau bermunajat, beliau melihat satu makhluk bercahaya menghampirinya lalu berkata: "Wahai Zarathustra, sesungguhnya aku adalah Pahu Mana, ketua para Malaikat". Nabi Zarathustra merasa terkejut dan merasa gementar apabila mendengar makhluk itu bersuara. Namun beliau segera mengatasi perasaan tersebut.

Pahu Mana segera menyampaikan kepadanya wahyu dari langit. Wahyu itu memerintahkan beliau agar memberikan peringatan kpd kaumnya serta menyeru mereka supaya menyembah Allah Yang Maha Esa. Selepas Pahu Mana menghilangkan diri, beliau segera menuju kpd org ramai dan menyeru mereka utk menyembah Tuhan Cahaya, Ahura Mizda, Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Malangnya seruan beliau mendapat tentangan drpd kaumnya. Beliau menyeru mereka kpd petunjuk tetapi mereka tidak mahu mendengarnya. Beliau mengajak dan menyeru kaumnya kpd agama baru selama 10 tahun tetapi tidak seorg pun yg beriman dgn risalahnya.

Suatu malam, beliau bermimpi melihat sepupunya yg bernama Mituyoma mengetuai satu pasukan tentera org mukmin. Mereka berperang demi meninggikan kalimah Allah, Ahura Mizda, Tuhan Yang Maha Bijaksana. Apabila beliau sedar dari tidurnya, beliau segera menemui sepupunya itu dan menyeru agar menyembah Ahura Mizda. Beliau yakin sepupunya akan beriman kpd agama baru yg dibawanya. Namun, Mituyoma menerimanya acuh tak acuh sahaja seperti org lain.

Begitulah keadaan dakwah yg disampaikan oleh Nabi Zarathustra. Beliau bermunajat kpd Tuhannya, mengadu dan berdoa dgn penuh perasaan: "Ahura! Dimanakah harus aku berlindung? Kemana aku akan membawa diri? Tuhanku! Jauhilah aku daripada kaum bangsawan dan para pembesar. Tidak ada seorg manusia pun yg mendengar seruanku. Mizda! Wahai Yang Maha Bijaksana, tunjukkanlah jalan sehingga Engkau redha terhadap diriku".

Beberapa tahun berlalu, beliau tetap menyeru kaumnya sebagaimana kebiasaannya. Tidak seorg pun yg menyahut seruannya. Beliau merasa amat kecewa. Mituyoma menemuinya dan mengisytiharkan keimanannya kpd Ahura Mizda. Nabi Zarathustra merasa sgt gembira kerana apa yg dilihat di dalam mimpinya kini menjadi kenyataan.

Semasa beliau berusia 42 tahun, beliau menerima perintah dari Allah utk menghadap raja Persia utk menyerukan kpd agama baru itu. Beliau segera meredah lembah dan padang pasir, mendaki gunung utk memenuhi perintah tersebut.

Akhirnya beliau tiba di Bandar Balakh, ibu kota Kerajaan Persia. Beliau terus ke istana raja dan apabila beliau sampai di istana, beliau mendapati Raja Qaurus (Cyrus) dan pembesarnya tgh berbincang. Nabi Zarathustra terus mengadap raja dan menyerunya kepada agama baru yg dibawanya.

Dlm perbincangan itu, terserlah kpd mereka kemampuan Nabi Zarathustra. Beliau seorg yg bijak berbicara dgn hujah yg kuat, akal yg pintar dan pendapat yg bernas. Raja Qaurus menerima kehadiran Nabi Zarathustra dgn baik. Malah baginda tidak berpuas hati dlm sesuatu hal sebelum mendengar pendapag Nabi Zarathustra.

Melihat sikap raja, pegawai2 istana mersa cemburu lalu mereka merancang sesuatu utk menjauhkan raja drpd Nabi Zarathustra. Mereka membisikkan ke telinga baginda kata2 yg dpt mempengaruhinya. Raja Qaurus dpt dipengaruhinya lalu baginda memerintahkan agar Nabi Zarathustra dihumbankan ke dlm penjara. Di dlm penjara, Nabi Zarathustra mengisi masa2nya dgn membaca ayat2 drpd Absatak, kitab sucinya dgn suara yg lunak.

Pada suatu hari, adik Raja Qaurus yg juga salah seorg menteri Kerajaan Persia jatuh sakit. Segala dukun, ahli2 sihir dan tukang tilik cuba merawatnya tetapi tidak berjaya. Salah seorg pegawai istana berkata: "Wahai tuanku, kenapa tuanku tidak meminta tolong dr org yg mengaku mendapat wahyu dari langit utk mengubatinya?. Raja Qaurus pun memerintahkan agar Nabi Zarathustra dibawa mengadap.

Setelah Nabi Zarathustra mengadap, Raja Qaurus pun memintanya agar menyembuh penyakit adindanya tetapi Nabi Zarathustra memberi syarat sekiranya beliau menyembuhnya dgn izin Tuhannya, Raja Qaurus mestilah beriman kepada Ahura Mizda dan syarat itu pun diterima oleh Raja Qaurus. Nabi Zarathustra pun berdoa kpd Ahura Mizda agar menyembuhkan penyakit adinda Raja Qaurus.

Dgn izin Ahura Mizda, penyakit yg dihadapi oleh adinda Raja Qaurus pun sembuh. Raja Qaurus terus sujud menyembah Ahura Mizda dan baginda beriman kepada seruan Nabi Zarathustra. Seluruh penghuni istana, kaum bangsawan dan rakyat jelata beriman kepada agama baru itu.

Ahura Mazda telah memfardukan kpd org mukmin sembahyang lima waktu sehari semalam iaitu Havan, Rapithvan, Uziren, Aevishuthrem, dan Ushen.
1) Waktu Havan dari matahari terbit sehingga tengah hari (Khorda Avesta, Gah Havan: 1-10)
2) Waktu Rapithvan tengah hari sehingga suku petang sekitar 3 PM (Khorda Avesta, Gah Rapithvan :1-12)
3) Waktu Uziren dari suku petang 3.30 sehingga terbenam matahari (Khorda Avesta, Gah Uziren: 1-11).
4) Waktu Aevishuthrem dari terbenam matahari sehingga tengah malam. (Khorda Avesta, Gah Aevishuthrem: 1-13).
5) Waktu Ushen dari tengah malam sehingga sebelum matahari (Khorda Avesta, Gah Ushen: 1-10 ).

Apabila tiba waktu sembahyang, mereka akan bersuci dan berdiri di belakang Nabi Zarathustra. Raja Qaurus kini menginsafi diri dan baru baginda tahu bahawa agama itu lbh berkuasa dr negara. Baginda memerintahkan agar kitab suci Absatak ditulis. Kitab itu ditulis di atas kulit biri2 sebanyak 20,000 keping dgn bertintakan emas. Nabi Zarathustra juga mengingatkan kaumnya supaya berpegang dgn agama yg dibawanya sehinggalah diutuskan seorg Nabi dr bangsa Arab.

Berita kemunculan agama baru di Persia tersebar sehingga sampai ke Babylon. Berita itu juga sampai ke pengetahuan sekumpulan kaum Bani Israil yg ditawan di Babylon. Mereka percaya agama baru itu akan membebaskan mereka drpd kehinaan yg sekian lama mencengkam kehidupan mereka. Mereka juga menyeru kaum Bani Israil di Saba' bahawa Raja Qaurus dr Persia akan datang menyerang dan menawan Babylon serta membebaskan mereka dr tawanan.

Raja Qaurus bersama tentera Islamnya dtg menyerang Babylon. Di dlm peperangan tersebut, tentera Persia mendapat kemenangan. Babylon yg sebelumnya tunduk kpd kekuasaan Mardukh, Sin, Syamas, Asytar dan tuhan2 lain telah menjadi sebahagian drpd tanah jajahan Persia.

Kaum Bani Israil dibenarkan pulang ke Jerusalem dibawah pimpinan Nabi Uzair dan Nabi Nehemiah a.s. Kekuasaan Raja Qaurus terus berkembang dan tersebar sehingga ke Sungai Nil. Kini baginda menghadapi bangsa Qhaidhar, Nabat dan suku2 Bani Ismail yg lain.

Raja Qaurus mengingati pesanan Nabi Zarathustra: "Berpegang teguhlah kpd apa yg telah aku serukan sehingga dtg kpdmu tuan unta merah". Baginda memutuskan tidak mahu menumpahkan darah kaum yg akan diutuskan dikalangan mereka Nabi yg dinanti-nantikan.

Baginda menghantar utusan kpd Bani Ismail utk memeterai perjanjian persahabatan antara kedua pihak. Nabi Zarathustra wafat ketika anak Raja Qaurus yg bernama Qambiz (Cambyses) memerintah Kerajaan Persia.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
SIRI ANBIYA: NABI KHIDIR

Nabi Khidir merupakan seorg Nabi yg sangat misteri yg ada tercatat di dlm Al Quran, Surah al Kahfi ayat 65-82.

Nama asli beliau ialah Balya bin Mulkan bin Shalikh bin Nabi Arfakhsyad bin Nabi Sam bin Nabi Nuh. Dalam Kitab As-Sahihan, beliau diberi nama Khidir kerana beliau pernah duduk di atas rumput kering, tiba2 tanah yg didudukinya bergoncang dan rumput yg kering itu pun menjadi hijau.

Al-Khidir secara harfiah bererti "seorg yg hijau" melambangkan kesegaran jiwa. Beliau juga mempunyai kuniah atau gelaran iaitu Abul Abbas dan gelaran ini disepakati oleh para ulama tentang kesahihannya.

Ibnu Jarir dan al Thabari berkata:"Adapun Nabi Khidir hidup pada masa pemerintahan Raja Afridun al Malik bin Raja Athfian, datuk kepada Manu Syahar yang menjadi raja Persia pada zaman Nabi Musa a.s.

Diriwayatkan bahawa Mulkan (Malkan) iaitu bapa Nabi Khidir merupakan seorg raja yg berpengaruh. Baginda mempunyai beberapa org isteri dan yg paling terkenal ialah Permaisuri Alha', yg menjadi ibu kepada Nabi Khidir.

Ketika Nabi Khidir masih kecil, beliau telah dihantar belajar oleh bapanya pd seorg guru yg berakhlak mulia. Di antara rumah guru dgn istana Raja Mulkan, ada sebuah rumah yg dihuni oleh seorg ahli ibadah.

Oleh sbb tertarik hati dgn ilmu dan amalan ahli ibadah itu, beliau mengambil keputusan utk belajar dgn ahli ibadah itu dan tinggal bersamanya. Pada masa yg sama, guru beliau yg satu lagi beranggapan bhw beliau masih berada di dlm istana manakala bapanya pula beranggapan bhw beliau masih berada di rumah gurunya tetapi sebenarnya beliau tinggal dan belajar secara tidak rasmi dgn ahli ibadah itu.

Setelah meningkat dewasa, pembesar-pembesar istana memberi cadangan supaya Nabi Khidir segera dikahwinkan utk mendptkan keturunan atau generasi penerus kerajaan. Cadangan itu telah diterima oleh Raja Mulkan lalu baginda menawarkan dan menyuruh puteranya, Nabi Khidir supaya mendirikan rumahtangga dgn seorg puteri raja.

Bagaimana pun Nabi Khidir enggan menerima tawaran tersebut dan setelah berulang kali disuruh oleh bapanya, beliau terpaksa akur dgn permintaan bapanya dan akhirnya bersetuju utk dikahwinkan.

Setelah menjadi suami isteri utk tempoh yg agak lama, pada suatu hari, Nabi Khidir pun berkata kpd isterinya: "Wahai isteriku, sesungguhnya aku ingin memberitahu engkau ttg suatu rahsia. Jika engkau merahsiakannya, engkau akan selamat di dunia dan di akhirat tetapi sekiranya engkau bocorkan rahsia ini, engkau akan diseksa di dunia dan di akhirat".

Dengan sifat ingin tahu, istrrinya pun bertanya: "Wahai suamiku, apakah rahsia yg engkau ingin sampaikan kpdku?". Nabi Khidir berkata: "Dengarlah baik2 olehmu wahai isteriku sesungguhnya aku ini seorg lelaki yg beragama Islam. Bukan seperti ayahku dan aku tidak memerlukan seorg perempuan di dlm hidupku. Oleh itu, jika engkau bersetuju hidup bersama aku dan mengikut agamaku, maka kita boleh terus hidup bersama dan sekiranya engkau tidak setuju dgn aku, maka aku benarkan engkau pulang ke rumah keluarga engkau". Isteri beliau pun berkata: "Wahai suamiku, sesungguhnya aku akan sentiasa bersama dgnmu dan terus setia bersamamu. Aku berjanji akan menyimpan rahsia ini".

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak walaupun sudah lama berumahtangga. Para pembesar istana dan rakyat jelata bertanya kepada Raja Mulkan, kata mereka: "Wahai tuanku, sesungguhya putera tuanku seorg yg mandul kerana tidak mempunyai anak".

Sindiran drpd mereka membuatkan Raja Mulkan merasa marah lalu baginda berjumpa dgn anaknya, Nabi Khidir dan berkata: "Wahai anakku, telah lama engkau berkahwin tetapi sehingga hari ini engkau belum mempunyai cahaya mata. Adakah engkau seorg yg mandul seperti yg mereka kata?". Nabi Khidir pun berkata: "Wahai ayahanda, sesungguhnya hal ini bukan di bawah kekuasaanku tetapi dibawah kekuasaan Tuhanku Allah. Dialah yg mengurniakan anak kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya". Kemudian Raja Mulkan bertanya kpd menantunya dan jawapan yg sama diberikan oleh menantunya.

Oleh kerana Nabi Khidir tidak mempunyai zuriat, bapanya menyuruh beliau agar menceraikan isterinya tetapi dipersetujui oleh Nabi Khidir. Atas desakan bapanya, mahu tak mahu beliau terpaksa menceraikan isterinya yg tercinta.

Kemudian beliau dikahwinkan dgn seorg janda muda yg mempunyai anak dgn harapan akan memperoleh anak. Malangnya keadaan yg sama berlaku dan sekian lama berkahwin masih tidak dikurniakan anak. Raja Mulkan pun bertanya kpd Nabi Khidir ttg permasalahan zuriat tetapi Nabi Khidir tetap memberi jawapan seperti yg diberitahu dahulu.

Kemudian bapanya menjumpai isteri lalu bertanya permasalahan yg berlaku. Isteri Nabi Khidir pun berkata: "Wahai ayahanda, sesungguhnya sepanjang perkahwinan kami, sya tidak pernah disentuh dan disetubuhi olehnya".

Mendengar jawapan menantunya itu, Raja Mulkan memerintahkan agar mencari Nabi Khidir supaya dtg mengadap. Setelah Nabi Khidir dtg mengadap bapanya, beliau dimarahi dan diherdik oleh bapanya sehingga beliau merasa tidak bahagia dan tenteram utk tinggal di istana.

Akhirnya beliau membuat keputusan untuk meninggalkan istana dan merantau jauh. Kehilangan Nabi Khidir membuatkan Raja Mulkan merasa gelisah sehingga memerintahkan para pengawalnya seramai 100 org utk mencari.

Dalam 100 org cuma 10 org yg dpt menemuinya. Tetapi Nabi Khidir tetap dgn keputusannya utk meninggalka istana. Setelah kumpulan 10 org balik ke istana, 9 org secara jujur memberitahu yg mereka menemuinya sementara yg sorg lagi masih menyimpan rahsia.

9 org yg menemui Nabi Khidir dikerahkan oleh Raja Mulkan utk membawa pulang Nabi Khidir dan ketika mereka sampai di tempat Nabi Khidir, mereka dapati Nabi Khidir tiada. Dgn penuh rasa takut, 9 org tadi pulang ke istana dan menceritakan perkara tersebut.

Dgn murkanya, Raja Mulkan memerintahkan 9 org itu dipancung dan pada masa yg sama isteri kedua Nabi Khidir dihukum bunuh kerana menjadi pencetus kepada kekacauan di dlm istana.

Oleh sbb takut dibunuh, bekas isteri pertama Nabi Khidir pun melarikan diri dari istana. Di dlm perjalanan, bekas isteri Nabi Khidir itu bertemu dgn seorg lelaki yg menjaga rahsia itu lalu mereka jatuh cinta dan berkahwin. Mereka membuat keputusan utk berhijrah ke Mesir.

Bekas isteri Nabi Khidir itu berkerja sbg pengasuh puteri Firaun. Dalam catatan sejarah dan hadis, dia dikenali sebagai Masyitah (tukang sisir rambut) sementara suaminya bernama Hizqil (tukang kayu) yg pernah membuat sebuah peti utk diisi Nabi Musa bin Imran ketika bayi.

Nabi Khidir terus berkelana dan pernah mengadakan perjalanan dgn Nabi Musa a.s. utk tempoh yg lama. Beliau juga pernah berkerja sebagai Perdana Menteri kepada Iskandar Zulkarnain dan bersama2 mengadakan perjalanan bersama Iskandar Zulkarnain ketika mencari Air Ainul Hayat. Oleh kerana beliau terpilih, beliau dpt merasai Air Ainul Hayat.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
SIRI ANBIYA: NABI ABINADI

Nabi Abinadi a.s merupakan seorang Nabi Bani Israil dari keturunan Nabi Judah bin Nabi Yaaqub dari keluarga Nabi Nefi bin Nabi Lehi.

Beliau dilantik menjadi Nabi pada tahun 160 Sebelum Masihi iaitu 400 tahun selepas kewafatan Nabi Lehi. Beliau diutus pada suatu kaum yang bernama Bani Nephite.

Sepanjang menyampaikan risalah Tuhan, beliau sering mengajak kaumnya menyembah Yahweh ( Tuhan Yang Esa). Beliau berkata: "Wahai kaumku, sembahlah Yahweh. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang patut disembah dan aku adalah pesuruhNya. Dia tidak beranak dan diperanakkan malah Dialah yang menguasai seluruh makhluk dan alam semestaNya".

Beliau juga pernah memberi peringatan dan perkhabaran tentang kedatangan Nabi Isa a.s, tentang kelahiran Rasulullah SAW, hukum Nabi Musa a.s serta Hari Kebangkitan (Kiamat). Beliau juga memberitahu kepada kaumnya supaya mereka bersedia dgn kedatangan Nabi Isa a.s. Tetapi seruan beliau mendapat tentangan daripada kaumnya di mana selesai saja menyampaikan risalah, kaumnya akan mengutuk beliau dgn perkataan2 yang kesat2 malah ingin membunuhnya.

Salah seorg daripada mereka yang bernama Alma mempercayai akan risalah yang dibawa oleh Nabi Abinadi a.s. Sebahagian daripada kaum Bani Nephite tidak berpuas hati dgn cara Nabi Abinadi a.s lalu mereka menyampaikan berita kepada raja mereka yg bernama Raja Nuh. Mereka menceritakan ttg penyebaran agama yg dibawa oleh Nabi Abinadi a.s.

Raja Nuh merasa sangat murka lalu menitahkan para pengawalnya supaya mencari Nabi Abinadi a.s dan membunuhnya. Mendengar akan hal tersebut, Nabi Abinadi a.s melarikan diri dan bersembunyi. Setelah dua tahun berlalu, kira2 pd tahun 148 Sebelum Masihi, Nabi Abinadi a.s kembali kepada kaumnya dlm bentuk penyamaran sehingga kaumnya tidak mengenalinya.

Lama kelamaan penyamarannya terbongkar lalu beliau ditangkap dan dibakar sehingga mati.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI AHIA

Nabi Ahia merupakan salah seorang dari ratusan ribuan Nabi yabg dilantik oleh Allah Taala dari keturunan Bani Israil. Sejak dari kecil, beliau tinggal di Shiloh, iaitu sebuah kota kuno yg berada di selatan kota kuno Tirzah. Lokasi sekarang adalah di Khirbet Seilun, Tebing Barat dan 10 mil (16KM) di utara pemukiman Israel Beit El di Tebing Barat.

Nabi Ahia dikatakan hidup sezaman Nabi Sulaiman, Nabi Shemaiah, Nabi Nathan dan Nabi Iddo. Pada zaman Nabi Sulaiman, beliau mendapat wahyu dari Allah Taala bahawa kerajaan Nabi Sulaiman akan berpecah menjadi dua dan diperintah oleh dua orang raja bernama Yerobeam dan Rehobeam.

Masa berlalu silih berganti. Pada suatu hari Nabi Ahia telah bertemu dengan Yerobeam ketika Yerobeam dalam perjalanannya menuju ke Jerusalem utk menyempurnakan tugas khas yg diberikan oleh Nabi Sulaiman.

Nabi Ahia memberi nubuat kepada Yerobeam, katanya: "Wahai Yerobeam! Dengarlah firman Allah Taala yg hendak aku sampaikan kepadamu. Oleh kerana Bani Israil mula menyembah Tuhan lain selain Allah Taala akibat diperdayakan oleh isteri2 Nabi Sulaiman, maka kerajaan akan dipecah menjadi dua dan engkau akan dilantik menjadi raja dan diberi 10 suku kaum sedangkan keturunan Daud mendapat 2 suku kaum".

Yerobeam pun berkata: "Wahai Nabiullah. Boleh ke mereka menerima aku menjadi raja bagi mereka?". "Sesungguhnya ketentuan Allah Taala tidak akan berubah. Janganlah engkau khuatir tentangnya", kata Nabi Ahia.

Setelah itu, Yerobeam meminta diri meneruskan perjalanannya ke Jerusalem. Nubuat yg disampaikan oleh Nabi Ahia sampai ke pengetahuan pembesar2 yang menyokong putera Nabi Sulaiman. Mereka membuat pakatan utk membunuh Yerobeam. Yerobeam yg mengetahui akan hal itu telah melarikan diri ke Mesir dan berlindung di bawah pemerintahan Firaun Shishak.

Masa berlalu tahun berganti tahun, tibalah masanya Nabi Sulaiman wafat dan para pembesar telah melantik anak Nabi Sulaiman yg bernama Rehobeam menjadi raja. Di awal pemerintahannya, Raja Rehobeam banyak menindas rakyat dan akibatnya 10 suku kaum telah memisahkan diri menjadi Kerajaan Israil Utara (Samaria) dengan mengangkat Yerobeam sebagai raja pertamanya.

Ketika pemerintahan Raja Yerobeam, Kota Sikhem telah dibangunkan sbg kediaman Raja Yerobeam dan Kota Pnuel diperkuatkan. Raja Yerobeam tidak menyangka apa yg disampaikan oleh Nabi Ahia sebelum ini menjadi kenyataan. Tetapi baginda lupa kepada Allah Taala setelah menjadi raja dimana baginda telah membina dua mezbah anak lembu jantan emas sbg tempat ibadah. Ini disebabkan baginda takut org2 yg setiap tahun berziarah ke Jerusalem kelak akan menyatukan kerajaan kembali.

Hal ini sampai ke pengetahuan Nabi Ahia. Allah Taala menyampaikan wahyu kepada beliau agar jangan merasa gusar kerana keturunan Yerobeam akan dimusnahkan disebabkan kemungkaran yg dilakukannya.

Ketika di dalam pemerintahannya, Raja Yerobeam mempunyai dua org anak bernama Abia dan Nadab. Pada suatu hari anaknya yg bernama Abia jatuh sakit. Segala para dukun dan ahli hikmah dipanggil utk memulihkan anaknya tetapi kesemuanya gagal. Tiba2 terlintas difikirannya ttg Nabi Ahia yg dijumpainya ketika baginda belum menjadi raja. Mungkin Nabi Ahia dpt membantunya utk menyembuhkan puteranya.

Baginda pun memerintahkan isterinya agar menemui Nabi Ahia dgn menyamar sebagai wanita tua. Ketika isteri Raja Yerobeam dlm perjalanan ke Kota Shiloh, Nabi Ahia telah menerima wahyu tentang kedatangan wanita itu. Apabila isteri Raja Yerobeam sampai di rumah Nabi Ahia, Nabi Ahia memerintahkan isteri Raja Yerobeam masuk.

Ketika melangkah masuk, isteri Raja Yerobeam melihat Nabi Ahia ddk bersila dan pada ketika itu Nabi Ahia sudah tua dan buta penglihatan. Nabi Ahia pun mengatakan bahawa beliau tahu siapa yg datang dan apa hajatnya. Kemudian beliau memberi nubuat bahawa keturunan Yerobeam akan punah dan hanya Abia yg mati itu sahaja org yg baik kerana terdpt sesuatu yg baik di sisi Allah.

Dengan perasaan sedih, isteri Raja Yerobeam pulang dan apabila isteri Raja Yerobeam melangkah masuk ke rumah kediamannya di Tirzah, Abia pun meninggal dunia. Seluruh kerajaan merasa sedih dengan kematian Abia. Walaupun begitu, Raja Yerobeam tidak merasa insaf malah meneruskan amalannya.

Perbuatan Raja Yerobeam dianggap jahat disisi Allah kerana menyembah berhala dan membuat rakyatnya ikut berdosa kepada Allah. Selepas baginda wafat, anaknya yg bernama Nadab menaiki takhta tetapi pemerintahannya tidak lama kerana pada tahun kedua pemerintahannya, baginda dan seisi keluarganya dan seluruh keturunan Yerobeam telah dibunuh oleh Baesha dari suku Issakhar bin Nabi Yaaqub.

Hal ini berlaku sebagai penggenapan nubuat Nabi Ahia. Nabi Ahia menghabiskan sisa2 hidupnya di Shiloh dengan beramal sehingga beliau wafat dan dikebumikan di kampung halamannya.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI IDDO

Nabi Iddo merupakan salah seorang Nabi yang dilantik oleh Allah Taala dari kalangan kaum Bani Israil.

Beliau dilahirkan pada zaman pemerintahan Raja (Nabi) Daud dan dilantik menjadi Nabi ketika pemerintahan Raja (Nabi) Sulaiman, Raja Rehobeam dan Raja Abia. Pada masa yang sama, beliau hidup sezaman dengan Nabi Shemaiah (Semaya) dan Nabi Nathan.

Ketika pemerintahan Nabi Sulaiman, beliau sering memberi pandangan dan teguran kepada para pembesar2 dan rakyat. Masa berlalu tahun silih berganti, Nabi Sulaiman pun wafat dan beberapa bulan selepas kewafatan Nabi Sulaiman, kaum Bani Israil berpecah dua disebabkan perebutan takhta kerajaan.

Dari 12 suku kaum Bani Israil, cuma dua suku kaum je yg menyokong perlantikan putera Nabi Sulaiman yg bernama Rehobeam menjadi pengganti Nabi Sulaiman iaitu suku kaum Yehuda dan Bunyamin. Yang lainnya menyokong perlantikan Yerobeam bin Nebat dari suku Afraim bin Nabi Yusuf menjadi raja lalu mereka membina kerajaan di bahagian utara yang dinamakan Kerajaan Israil sementara Rehobeam membina kerajaan di bahagian selatan yang dinamakan Kerajaan Yehuda.

Kedua2 kerajaan ini selalu bertelingkah dan berperang. Ketika pemerintahan Raja Rehobeam, Nabi Iddo banyak menghabiskan masa dengan menulis dan menyusun riwayat hidup Raja Rehobeam dan Raja Abia. Di Kerajaan Israil pula, semenjak menjadi raja Kerajaan Israil, Raja Yerobeam telah membuat banyak maksiat dan kemungkaran.

Oleh kerana takut orang2 Israil yg setiap tahun berziarah ke Jerusalem kelak bermaksud utk menyatukan kerajaan kembali dengan KerajaanYehuda, baginda telah membina dua altar (mezbah) anak lembu jantan emas utk disembah oleh rakyatnya.

Satu diletakkan di Kota Dan dan satu lagi di Kota Betel. Baginda juga membina kuil2 penyembahan jin2 serta mengangkat imam2 dari kalangan rakyat yang bukan dari Bani Lawi. Suku kaum Lawi pun membuat keputusan utk keluar dari Kerajaan Israil dan berhijrah ke Kerajaan Yehuda.

Kemungkaran yang berleluasa di Kerajaan Israil membuatkan mereka melupakan Allah Taala. Atas petunjuk dari Allah, Nabi Iddo ditugaskan oleh Allah Taala ke Kerajaan Israil bagi memperingati mereka agar kembali ke jalan yang lurus dan mengabdikan diri kepada Allah.

Nabi Iddo sampai di Kerajaan Israil ketika Raja Yerobeam mempersembahkan korban di Kota Betel. Nabi Iddo menyampaikan risalah Tuhan kepada Nabi Yerobeam di mana penyembahan di atas altar (mezbah) itu akan dihentikan pada zaman pemerintahan Raja Yosia dari Kerajaan Yehuda.

Sebagai tandanya, maka dengan kehendak Allah Taala, altar (mezbah) itu tiba2 pecah sehingga abunya tercurah keluar. Dengan perasaan marah, Raja Yerobeam menghulurkan tangannya menyuruh org2nya membunuh Nabi Iddo tetapi dengan tidak semena-mena, tangan Raja Yerobeam menjadi kejang dan tidak dapat bergerak.

Dengan perasaan takut, Raja Yerobeam meminta pertolongan Nabi Iddo agar meminta belas ihsan dari Allah. Nabi Iddo pun berdoa kepada Allah agar diberikan kesembuhan. Nabi Iddo menegur Raja Yerobeam dengan azab2 Allah dan menentang keras pendirian altar pemujaan. Baginya perbuatan mensyirikkan Allah Taala merupakan suatu dosa besar yg tidak diampunkan.

Raja Yerobeam merasa marah lalu menentang keras risalah yg dibawa oleh Nabi Iddo. Oleh kerana kedegilan Raja Yerobeam, Nabi Iddo membuat keputusan utk pulang ke Kerajaan Yehuda.

Di dalam perjalanan pulang dari bernubuat di hadapan Raja Yerobeam, beliau telah dibunuh dengan kejam oleh orang2 utusan Raja Yerobeam. Kemudian jasad Nabi Iddo dikebumikan bersama makam Nabi yang berasal dari Betel dan makam Nabi yang berasal dari Samaria.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI ZEPHANIAH

Nabi Zephaniah atau disebut sebagai Zefanya merupakan seorg Nabi Ibrani yang diutus oleh Allah kepada kaum Bani Israil. Beliau merupakan anak kepada Kushi bin Gedaliah bin Amariah bin Hezekiah bin Ahaz bin Jotham bin Uzziah bin Amaziah bin Joash (Jehoash) bin Ahaziah bin Jehoram bin Jehoshaphat bin Asa bin Abia bin Rehoboam bin Nabi Sulaiman bin Nabi Daud.

Beliau dilahirkan di dalam istana Kerajaan Yehuda dan merupakan cucu cicit Raja Hezekiah. Beliau hidup pada masa di mana Kerajaan Asyur (Assyria) di bagian barat sedang meluas. Hal ini mengakibatkan perkembangan keagamaan juga perkembangan politik mengarah untuk Kerajaan Asyur. Agama yang berkaitan dengan bintang-bintang juga mengembang menjadi sesuatu yang terkenal sehingga Raja Manasye dari Kerajaan Israil mendirikan sebuah altar penyembahan untuk matahari, bulan, dan segala penghuni surga.

Selain itu, telah tersedia juga suatu dorongan yang kuat sehingga diadakan penyembahan untuk salah satu ibu dewi dari orang Asyur dan Babylon yang merupakan ratu surga. Dorongan kuat tersebut datang dari perkembangan kekuasaan kerajaan Asyur. Penyembahan ini sangat terkenal sehingga banyak keluarga Yudea mengikutinya. Setiap bagian keluarga adil ibu, ayah mahupun anak mengambil bahagian dalam penyembahan tersebut.

Hal inilah yang kemudian ditentang oleh Nabi Zephaniah. Nabi Zephaniah melihat bahwa kaum Bani Israil membiarkan agama pautan masuk dan kesudahannya ikut dalam penyembahan tersebut. Hal ini mengakibatkan penyembahan kepada Allah Taala dibiarkan lepas dan kultur dari Palestina didorong.

Namun demikian, semua hal itu berubah ketika masa pemerintahan Raja Josiah bin Amon bin Manasseh bin Hezekiah bin Ahaz bin Jotham bin Uzziah bin Amaziah bin Joash (Jehoash) bin Ahaziah bin Jehoram bin Jehoshaphat bin Asa bin Abia bin Rehoboam bin Nabi Sulaiman bin Nabi Daud. Pada masa pemerintahan Raja Josiah, kekuatan Kerajaan Asyur sedang menurun.

Menurunnya kekuatan Kerajaan Asyur ini disebabkan kesulitan untuk menggabung pasukan yang telah tersedia di barat dan di timur. Hal ini kemudiannya dimanfaatkan oleh Raja Josiah dengan menyerang Kerajaan Asyur dan memperluas wilayah kekuasaanya sampai ke utara. Hal ini juga mempengaruhi dalam bagian keagamaan Israil, di mana Raja Josiah kembali membawa kaum Bani Israil kembali untuk menyembah Allah Taala.

Selain itu juga telah berlaku serangan suku dari Palestina yang membuat Allah Taala mengutus Zephaniah untuk menjadi Nabi. Suku tersebut bernama Scythians yang merupakan sekumpulan suku barbar. Dakwah yang disampaikan oleh Nabi Zephaniah merupakan suatu dakwah yang menentang kemerosotan moral yang terjadi ketika zaman Raja Manasseh.

Selama pemerintahan baginda, semua suara Nabi yang bertentangan dgn kehendaknya didiamkan dgn cara ditindas. Namun pada masa pemerintahan Raja Josiah, semuanya berubah. Ini disebabkan pembaharuan yg dilakukan oleh Raja Josiah dalam bahagian keagamaan. Baginda berupaya mengembalikan kaum Bani Israil untuk menyembah Allah.

Hal itu membuatkan para Nabi Allah memusatkan perhatian kepada hal2 rohani dan politik ketika itu. Nabi Zephaniah berada di bahagian hadapan dalam pembaharuan itu. Beliau banyak menekankan hal2 tentang ketuhanan, dosa dan amal.

Beliau sentiasa memberi penekanan kepada kaumnya agar sentiasa teguh dengan hukum Allah. Beberapa tahun lamanya, Nabi Zephaniah pun wafat dan dikebumikan di En-Nabi Safi, Selatan Lubnan.

#MAMR


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
SIRI ANBIYA: NABI EZEKIEL

Nabi Ezekiel atau dalam Islam disebut Hazkiyal merupakan seorg Nabi dan Imam Besar Haikal Sulaiman di Baitul Maqdis. Beliau merupakan anak kepada Nabi Jeremiah (Yeremia) bin Nabi Hilkiah bin Shallum bin Zaduk bin Ahitub II bin Amariah II bin Azariah bin Johanan bin Azariah bin Ahimaaz bin Zaduk bin Ahitub bin Amariah I bin Meraioth bin Zerahiah bin Uzzi bin Bukki bin Abishua bin Nabi Phinehas (Fanhas) bin Nabi Eleazar (Al-Aizar) bin Nabi Harun bin Imran bin Yishar bin Qahith bin Nabi Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.

Menurut catatan sejarah, beliau dilahirkan di Baitul Maqdis sekitar tahun 622 Sebelum Masihi. Beliau dilantik menjadi Nabi sebanyak dua kali iaitu dr tahun 592-586 Sebelum Masihi dan 572-570 Sebelum Masihi.

Pada akhir tahun 598 Sebelum Masihi, Kerajaan Yehuda telah diserang oleh Kerajaan Babylon di bawah pimpinan Raja Nebukadnezzar II. Di dalam serangan tersebut, Raja Nebukadnezzar II dapat menawan bandar al-Quds buat pertama kalinya. Kemudian baginda menawan kaum Bani Israil seramai 1,000 org dan di bawa pulang ke Babylon sebagai bangsa buangan. Nabi Ezekiel juga termasuk di dalam 1,000 org tawanan tersebut.

Setelah empat tahun ditawan di Babylon, pada tahun 593 Sebelum Masihi, beliau telah dilantik menjadi menteri terakhir dalam Kerajaan Yehuda bersama bapanya Nabi Jeremiah dan Nabi Isaiah. Beliau memegang jawatan menteri di jabatan menteri Kerajaan Yehuda dari tahun 593-572 Sebelum Masihi.

Apabila usianya genap 30 tahun, Allah Taala mengutus Malaikat Jibrail utk menyampaikan wahyu perlantikannya sbg Nabi dan Rasul. Beliau dilantik menjadi Nabi yg berperanan memberi nasihat dan amaran kpd para tawanan Judah yg berada di bumi Babil (Iraq) di samping mereka yg masih kekal di tanah airnya.

Di dalam menyampaikan risalah tauhid kepada kaumnya, beliau juga memberitahu kaumnya akan azab yg akan menimpa mereka sekiranya mereka membuat kemungkaran dan kerosakan di dalam Kota Jerusalem. Beliau berkata: "Sekiranya kamu semua masih lagi membuat kemungkaran dan tidak mahu bertaubat, kamu semua pasti akan mengikuti saudara kamu yg telah ditawan itu".

Namun sebahagian drpd mereka membuat kemungkaran dan dosa di mata Tuhan lalu pada tahun 587 Sebelum Masihi, tentera Kerajaan Babylon dtg menyerang Kerajaan Yehuda dan kali ini Haikal Sulaiman yg menjadi kebanggaan mereka semua dibinasakan sehancur-hancurnya dan mereka ditawan ke Babylon.

Pada tahun 586 Sebelum Masihi, Nabi Ezekiel memencilkan dirinya dari masyarakat kerana kebanyakkan kaumnya banyak ditawan di Babylon. Kemudian beliau aktif kembali sebagai Nabi sekitar tahun 572 Sebelum Masihi sehinggalah beliau wafat pada tahun 570 Sebelum Masihi.

#MAMR


 
Sponsored Post
Top
Log in Register