Nabi Dan Rasul Allah

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI AHIA

Nabi Ahia merupakan salah seorang dari ratusan ribuan Nabi yabg dilantik oleh Allah Taala dari keturunan Bani Israil. Sejak dari kecil, beliau tinggal di Shiloh, iaitu sebuah kota kuno yg berada di selatan kota kuno Tirzah. Lokasi sekarang adalah di Khirbet Seilun, Tebing Barat dan 10 mil (16KM) di utara pemukiman Israel Beit El di Tebing Barat.

Nabi Ahia dikatakan hidup sezaman Nabi Sulaiman, Nabi Shemaiah, Nabi Nathan dan Nabi Iddo. Pada zaman Nabi Sulaiman, beliau mendapat wahyu dari Allah Taala bahawa kerajaan Nabi Sulaiman akan berpecah menjadi dua dan diperintah oleh dua orang raja bernama Yerobeam dan Rehobeam.

Masa berlalu silih berganti. Pada suatu hari Nabi Ahia telah bertemu dengan Yerobeam ketika Yerobeam dalam perjalanannya menuju ke Jerusalem utk menyempurnakan tugas khas yg diberikan oleh Nabi Sulaiman.

Nabi Ahia memberi nubuat kepada Yerobeam, katanya: "Wahai Yerobeam! Dengarlah firman Allah Taala yg hendak aku sampaikan kepadamu. Oleh kerana Bani Israil mula menyembah Tuhan lain selain Allah Taala akibat diperdayakan oleh isteri2 Nabi Sulaiman, maka kerajaan akan dipecah menjadi dua dan engkau akan dilantik menjadi raja dan diberi 10 suku kaum sedangkan keturunan Daud mendapat 2 suku kaum".

Yerobeam pun berkata: "Wahai Nabiullah. Boleh ke mereka menerima aku menjadi raja bagi mereka?". "Sesungguhnya ketentuan Allah Taala tidak akan berubah. Janganlah engkau khuatir tentangnya", kata Nabi Ahia.

Setelah itu, Yerobeam meminta diri meneruskan perjalanannya ke Jerusalem. Nubuat yg disampaikan oleh Nabi Ahia sampai ke pengetahuan pembesar2 yang menyokong putera Nabi Sulaiman. Mereka membuat pakatan utk membunuh Yerobeam. Yerobeam yg mengetahui akan hal itu telah melarikan diri ke Mesir dan berlindung di bawah pemerintahan Firaun Shishak.

Masa berlalu tahun berganti tahun, tibalah masanya Nabi Sulaiman wafat dan para pembesar telah melantik anak Nabi Sulaiman yg bernama Rehobeam menjadi raja. Di awal pemerintahannya, Raja Rehobeam banyak menindas rakyat dan akibatnya 10 suku kaum telah memisahkan diri menjadi Kerajaan Israil Utara (Samaria) dengan mengangkat Yerobeam sebagai raja pertamanya.

Ketika pemerintahan Raja Yerobeam, Kota Sikhem telah dibangunkan sbg kediaman Raja Yerobeam dan Kota Pnuel diperkuatkan. Raja Yerobeam tidak menyangka apa yg disampaikan oleh Nabi Ahia sebelum ini menjadi kenyataan. Tetapi baginda lupa kepada Allah Taala setelah menjadi raja dimana baginda telah membina dua mezbah anak lembu jantan emas sbg tempat ibadah. Ini disebabkan baginda takut org2 yg setiap tahun berziarah ke Jerusalem kelak akan menyatukan kerajaan kembali.

Hal ini sampai ke pengetahuan Nabi Ahia. Allah Taala menyampaikan wahyu kepada beliau agar jangan merasa gusar kerana keturunan Yerobeam akan dimusnahkan disebabkan kemungkaran yg dilakukannya.

Ketika di dalam pemerintahannya, Raja Yerobeam mempunyai dua org anak bernama Abia dan Nadab. Pada suatu hari anaknya yg bernama Abia jatuh sakit. Segala para dukun dan ahli hikmah dipanggil utk memulihkan anaknya tetapi kesemuanya gagal. Tiba2 terlintas difikirannya ttg Nabi Ahia yg dijumpainya ketika baginda belum menjadi raja. Mungkin Nabi Ahia dpt membantunya utk menyembuhkan puteranya.

Baginda pun memerintahkan isterinya agar menemui Nabi Ahia dgn menyamar sebagai wanita tua. Ketika isteri Raja Yerobeam dlm perjalanan ke Kota Shiloh, Nabi Ahia telah menerima wahyu tentang kedatangan wanita itu. Apabila isteri Raja Yerobeam sampai di rumah Nabi Ahia, Nabi Ahia memerintahkan isteri Raja Yerobeam masuk.

Ketika melangkah masuk, isteri Raja Yerobeam melihat Nabi Ahia ddk bersila dan pada ketika itu Nabi Ahia sudah tua dan buta penglihatan. Nabi Ahia pun mengatakan bahawa beliau tahu siapa yg datang dan apa hajatnya. Kemudian beliau memberi nubuat bahawa keturunan Yerobeam akan punah dan hanya Abia yg mati itu sahaja org yg baik kerana terdpt sesuatu yg baik di sisi Allah.

Dengan perasaan sedih, isteri Raja Yerobeam pulang dan apabila isteri Raja Yerobeam melangkah masuk ke rumah kediamannya di Tirzah, Abia pun meninggal dunia. Seluruh kerajaan merasa sedih dengan kematian Abia. Walaupun begitu, Raja Yerobeam tidak merasa insaf malah meneruskan amalannya.

Perbuatan Raja Yerobeam dianggap jahat disisi Allah kerana menyembah berhala dan membuat rakyatnya ikut berdosa kepada Allah. Selepas baginda wafat, anaknya yg bernama Nadab menaiki takhta tetapi pemerintahannya tidak lama kerana pada tahun kedua pemerintahannya, baginda dan seisi keluarganya dan seluruh keturunan Yerobeam telah dibunuh oleh Baesha dari suku Issakhar bin Nabi Yaaqub.

Hal ini berlaku sebagai penggenapan nubuat Nabi Ahia. Nabi Ahia menghabiskan sisa2 hidupnya di Shiloh dengan beramal sehingga beliau wafat dan dikebumikan di kampung halamannya.

#MAMR

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI IDDO

Nabi Iddo merupakan salah seorang Nabi yang dilantik oleh Allah Taala dari kalangan kaum Bani Israil.

Beliau dilahirkan pada zaman pemerintahan Raja (Nabi) Daud dan dilantik menjadi Nabi ketika pemerintahan Raja (Nabi) Sulaiman, Raja Rehobeam dan Raja Abia. Pada masa yang sama, beliau hidup sezaman dengan Nabi Shemaiah (Semaya) dan Nabi Nathan.

Ketika pemerintahan Nabi Sulaiman, beliau sering memberi pandangan dan teguran kepada para pembesar2 dan rakyat. Masa berlalu tahun silih berganti, Nabi Sulaiman pun wafat dan beberapa bulan selepas kewafatan Nabi Sulaiman, kaum Bani Israil berpecah dua disebabkan perebutan takhta kerajaan.

Dari 12 suku kaum Bani Israil, cuma dua suku kaum je yg menyokong perlantikan putera Nabi Sulaiman yg bernama Rehobeam menjadi pengganti Nabi Sulaiman iaitu suku kaum Yehuda dan Bunyamin. Yang lainnya menyokong perlantikan Yerobeam bin Nebat dari suku Afraim bin Nabi Yusuf menjadi raja lalu mereka membina kerajaan di bahagian utara yang dinamakan Kerajaan Israil sementara Rehobeam membina kerajaan di bahagian selatan yang dinamakan Kerajaan Yehuda.

Kedua2 kerajaan ini selalu bertelingkah dan berperang. Ketika pemerintahan Raja Rehobeam, Nabi Iddo banyak menghabiskan masa dengan menulis dan menyusun riwayat hidup Raja Rehobeam dan Raja Abia. Di Kerajaan Israil pula, semenjak menjadi raja Kerajaan Israil, Raja Yerobeam telah membuat banyak maksiat dan kemungkaran.

Oleh kerana takut orang2 Israil yg setiap tahun berziarah ke Jerusalem kelak bermaksud utk menyatukan kerajaan kembali dengan KerajaanYehuda, baginda telah membina dua altar (mezbah) anak lembu jantan emas utk disembah oleh rakyatnya.

Satu diletakkan di Kota Dan dan satu lagi di Kota Betel. Baginda juga membina kuil2 penyembahan jin2 serta mengangkat imam2 dari kalangan rakyat yang bukan dari Bani Lawi. Suku kaum Lawi pun membuat keputusan utk keluar dari Kerajaan Israil dan berhijrah ke Kerajaan Yehuda.

Kemungkaran yang berleluasa di Kerajaan Israil membuatkan mereka melupakan Allah Taala. Atas petunjuk dari Allah, Nabi Iddo ditugaskan oleh Allah Taala ke Kerajaan Israil bagi memperingati mereka agar kembali ke jalan yang lurus dan mengabdikan diri kepada Allah.

Nabi Iddo sampai di Kerajaan Israil ketika Raja Yerobeam mempersembahkan korban di Kota Betel. Nabi Iddo menyampaikan risalah Tuhan kepada Nabi Yerobeam di mana penyembahan di atas altar (mezbah) itu akan dihentikan pada zaman pemerintahan Raja Yosia dari Kerajaan Yehuda.

Sebagai tandanya, maka dengan kehendak Allah Taala, altar (mezbah) itu tiba2 pecah sehingga abunya tercurah keluar. Dengan perasaan marah, Raja Yerobeam menghulurkan tangannya menyuruh org2nya membunuh Nabi Iddo tetapi dengan tidak semena-mena, tangan Raja Yerobeam menjadi kejang dan tidak dapat bergerak.

Dengan perasaan takut, Raja Yerobeam meminta pertolongan Nabi Iddo agar meminta belas ihsan dari Allah. Nabi Iddo pun berdoa kepada Allah agar diberikan kesembuhan. Nabi Iddo menegur Raja Yerobeam dengan azab2 Allah dan menentang keras pendirian altar pemujaan. Baginya perbuatan mensyirikkan Allah Taala merupakan suatu dosa besar yg tidak diampunkan.

Raja Yerobeam merasa marah lalu menentang keras risalah yg dibawa oleh Nabi Iddo. Oleh kerana kedegilan Raja Yerobeam, Nabi Iddo membuat keputusan utk pulang ke Kerajaan Yehuda.

Di dalam perjalanan pulang dari bernubuat di hadapan Raja Yerobeam, beliau telah dibunuh dengan kejam oleh orang2 utusan Raja Yerobeam. Kemudian jasad Nabi Iddo dikebumikan bersama makam Nabi yang berasal dari Betel dan makam Nabi yang berasal dari Samaria.

#MAMR

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI ELIEZER (AL-AIZAR)

Nabi Eliezer merupakan salah seorang Nabi yang dilantik oleh Allah dari kalangan kaum Bani Israil. Beliau merupakan anak kepada seorg lelaki yg bernama Dodava dan hidup sezaman dengan Nabi Yahaziel, Nabi Yehu dan Nabi Ilyas.

Beliau dilantik menjadi Nabi bagi menegur kesilapan yang dilakukan oleh Raja Jehoshaphat. Diceritakan bahawa Raja Jehoshaphat bercadang ingin membina kapal2 besar bagi mengukuhkan lagi pentadbirannya.

Sebahagian para pembesar mencadangkan baginda agar bersatu dgn Raja Ahaziah dari Kerajaan Israel utk membina kapal tersebut. Baginda menerima tanpa berfikir panjang lalu baginda membuat temujanji utk berjumpa dgn Raja Ahaziah.

Di dalam perjumpaan tersebut, kedua2 belah pihak bersetuju utk membina kapal besar bersama. Mereka pun menetapkan bahawa Ezion-Geber sebagai tempat pembinaan. Sejak itu, Raja Jehoshaphat lupa dan lalai kepada Allah. Begitu juga dengan rakyatnya yg lupa dan membuat kemungkaran di mata Tuhan.

Oleh kerana itu, Allah Taala mengutus Nabi Eliezer utk menegur Raja Jehoshaphat dan mengingatkan baginda tentang azab Allah. Beliau juga menegur dan melarang baginda dari mengadakan hubungan diplomatik dengan Raja Ahaziah kerana Raja Ahaziah seorag raja yang sgt zalim dan kejam.

Segala teguran Nabi Eliezer tidak diendahkan oleh Raja Jehoshaphat malah beliau nyaris2 dipenjarakan oleh baginda. Tahun berlalu silih berganti. Tibalah saat Raja Jehoshaphat jatuh sakit dan mangkat lalu takhta kerajaan disandang oleh anaknya yg bernama Jehoram.

Ketika pemerintahan Raja Jehoram, Nabi Eliezer masih menyampaikan risalah Tuhan dan mengajak penduduk negeri Yehuda agar beriman kepada Allah Taala. Ini kerana ketika pemerintahan Raja Jehoram, baginda telah membina banyak berhala dan mengikut cara hidup Raja Ahab dan raja2 Kerajaan Israil yg lalu serta mengahwini anak perempuan Raja Ahab.

Baginda juga telah membunuh semua adik beradiknya yang lebih baik daripadanya. Nabi Eliezer juga memberitahu bahawa akan berlaku sesuatu keburukan di dalam Kerajaan Yehuda.

Seperti yg diramalkan oleh Nabi Eliezer, Kerajaan Edom telah mengadakan pemberontakan terhadap Kerajaan Yehuda lalu menjadi negara merdeka. Pada masa yang sama, rakyat Kota Libna juga memberontak atas kehendak Allah Taala disebabkan kemungkaran yg dilakukan oleh Raja Jehoram.

Ketika saat negara2 taklukan memberontak, Nabi Ilyas datang mengadap Raja Jehoram dan memberitahu akan kemurkaan Allah Taala kepadanya dan akan membuatkan baginda mati disebabkan penyakit usus yg kronik. Tetapi segala apa yg diucapkan oleh Nabi Ilyas diabaikan oleh baginda.

Baginda tetap dgn pendiriannya dan merancang utk mengekang pemberontakan yg berlaku. Nabi Eliezer masih meneruskan dakwahnya sehinggalah Raja Jehoram mangkat.

Semenjak itu, Nabi Eliezer terus meninggalkan Kerajaan Yehuda dan berhijrah ke Palestin sehingga beliau wafat.

#MAMR

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI JEHU

Nabi Jehu atau disebut Yehu merupakan salah seorg Nabi dari kalangan Kaum Bani Israil yg berasal dari suku Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.

Nama penuh beliau ialah Jehu bin Hanani bin Yunathan bin Shamaiah bin Mattaniah bin Mikhaiah bin Zakkur bin Asaph (Asif) bin Joel (Yu'il) bin Nabi Samuil bin Elkanah bin Jeroham bin Tohu (Toah) bin Elial bin Zuph bin Elkanah bin Mahath bin Amasai bin Elkanah bin Joel bin Azariah bin Zephaniah bin Tahath bin Assir bin Abiasaph bin Korah (Qarun) bin Izhar (Yishar) bin Qahith bin Nabi Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.

Beliau dikatakan lahir pada pertengahan zaman pemerintahan Raja Yerobeam dan diutus menjadi Nabi pada zaman pemerintahan Raja Baasha dan Raja Jehoshapat.

Semenjak dari pemerintahan Raja Yerobeam, raja Kerajaan Israil, Kaum Bani Israil banyak melakukan perkara2 yg mungkar dan keji sehingga Allah Taala menurunkan bala dan seksa ke atas mereka. Selepas kemangkatan Raja Yerobeam akibat dibunuh oleh Baasha, Baasha pun mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah Kerajaan Israil.

Sepanjang baginda memerintah, baginda banyak melakukan dosa2 besar seperti yg dilakukan oleh Raja Yerobeam sehingga Allah Taala murka ke atasnya. Raja Baasha merupakan seorg raja yg sangat zalim dan kejam dan barang siapa yg tidak mengikuti kemahuannya akan dibunuh.

Sepanjang pemerintahannya, Kaum Bani Israil hidup dalam kesengsaraan dan terpaksa mengikut apa yg diperintahkan oleh baginda. Oleh yg demikian, Allah Taala pun mengutus seorg Nabi dari suku Lawi bagi memperingati Raja Baasha berserta kaumnya.

Allah Taala pun menyampaikan wahyu kepada beliau melalui Malaikat Jibril. Firman Allah Taala: "Wahai Jehu! Sampaikanlah kepada Baasha pesan-Ku ini. Dahulu engkau bukan apa2, tetapi engkau sudah Kuangkat menjadi pemimpin atas umat-Ku Israil. Sekarang engkau melakukan dosa seperti Yerobeam dan menyebabkan umat-Ku Israil berdosa sehingga membangkitkan kemarahan-Ku. Kerana itu, Aku akan melenyapkan engkau dan keluarga engkau sama seperti yg telah terjadi kepada Yerobeam".

Setelah menerima wahyu tersebut, Nabi Jehu pun bertemu dengan Raja Baasha dan menyampaikan segala wahyu yg diterimanya. Setelah mendengar ucapan Nabi Jehu, Raja Baasha pun murka lalu memerintahkan para pengawalnya menangkap dan memenjarakan Nabi Jehu.

Janji oleh Allah Taala tidak pernah silap. Akhirnya Raja Baasha mati dan digantikan oleh anaknya yg bernama Elah. Sementara itu, Nabi Jehu diseksa dan dipenjarakan seumur hidup hingga beliau wafat di dalam penjara. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan di Beit Shemesh, Israil.

#MAMR

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI AZARYA

Nabi Azarya atau Azariah merupakan salah seorang Nabi yg dilantik oleh Allah Taala kepada kaum Nabi Israil dari kabilah Judah. Nama Azarya bermaksud "Pertolongan Tuhan". Di dalam bahasa Latin, beliau dikenali sebagai Azarias.

Beliau merupakan anak kepada seorg Nabi Allah yg bernama Nabi Oded. Sepanjang berdakwah, beliau melihat ramai sekali kabilahnya kembali ke jalan kesesatan. Pada masa itu, kabilahnya sudah lama tidak mengabdikan diri dan lupa kepada Tuhan. Mereka memuja tuhan2 bangsa lain sebagai tuhan mereka. Tetapi ketika mereka dlm kesukaran, mereka meminta tolong kpd Tuhan agar diberi petunjuk.

Oleh kerana itulah Nabi Azarya dipilih utk membimbing mereka. Ketika zaman risalah kenabian Nabi Azarya, orang tidak dpt pergi ke mana2 sahaja dgn aman. Bangsa yg satu menindas bangsa yg lain dan kota yg satu menindas kota yg lain kerana Tuhan mendatangkan bencana yg besar ke atas mereka.

Pada suatu hari, Nabi Azarya telah menerima wahyu dari Allah Taala supaya berjumpa dengan Raja Asa dari Kerajaan Judah. Beliau berkata: "Wahai Raja Asa dan seluruh penduduk Judah dan Bunyamin. Dengar! Tuhan sentiasa bersama dengan kamu semua jikalau kamu sentiasa mengingatiNya dan jika kamu semua minta petunjuk dari Tuhan akan dikabulkan dan jikalau kamu semua ingkar dan melupaiNya, seksaan yg keras akan Tuhan turunkan ke atas kamu".

Nabi Azarya memberi semangat kepada Raja Asa serta kaumnya: "Jika kamu semua tabah dan berani pasti usaha kamu semua akan berhasil".

Ketika Raja Asa mendengar kata2 Nabi Azarya itu, bersemangatlah Raja Asa lalu baginda bersama2 rakyatnya menghancurkan semua berhala2 yg berada di negeri Judah dan Bunyamin dan dikota2 yg telah dikalahkan oleh Raja Asa di Pergunungan Efraim. Baginda juga membina Rumah Tuhan yg terdapat di Serambi Bait Suci.

Sejak dari itu kaum Bani Israil tidak pernah ingkar dan sentiasa patuh dengan perintah Tuhan. Kerajaan Yehuda (Judah) di bawah pemerintahan Raja Asa berada dalam keadaan aman dari serangan musuh berkat kepatuhan terhadap hukum Tuhan.

Nabi Azarya sentiasa mengingatkan mereka walaupun mereka sudah kembali ke jalan kebenaran dan beliau terus berdakwah sehingga beliau wafat. Makamnya terletak di antara salah satu dari beribu makam para Nabi di Israel.

#MAMR

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI MUSA BIN MISYA

Nabi Musa merupakan salah seorang Nabi yang dilantik oleh Allah Taala untuk membimbing kabilah Israil. Beliau dilantik setelah wafatnya Nabi Ifraim a.s.

Bapa beliau bernama Misya bin Nabi Yusuf bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim. Beliau dilahirkan di Goshen, sebuah penempatan yg terletak sekitar 35 KM dari pusat pemerintahan Hyksos yg dikenali sebagai Avaris. Jarak antara beliau dengan Nabi Musa bin Imran selama 202 tahun.

Beliau dilantik oleh Allah Taala untuk memperingati kabilahnya setelah sebilangan kabilah Israil mula cenderung ke arah penyembahan berhala. Hati kabilahnya sangat keras sehingga seruannya mendapat tentangan.

Saban hari Nabi Musa menyampaikan seruannya tetapi mereka tidak mengendahkannya. Nabi Musa memohon kpd Allah agar diturunkan azab kepada mereka yg ingkar. Doa beliau dimakbulkan oleh Allah Taala lalu Allah Taala menurunkan bala keatas mereka yg ingkar berupa penyakit yg tidak boleh diubati.

Sebilangan mereka mula merasa insaf dan sedar akan kesilapan mereka lalu menemui Nabi Musa agar memohon kpd Allah Taala agar diberikan keampunan dan penyembuhan. Mereka benar2 insaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan. Nabi Musa a.s yg bersifat penyayang kpd kabilahnya memohon kpd Allah Taala agar diberi kesembuhan kpd kabilahnya.

Pd keesokan harinya segala penyakit misteri yg menguasai diri mereka mula hilang. Sejak itu kabilahnya kembali ke jalan kebenaran dan hidup aman damai di bawah bimbingan Nabi Musa sehingga Nabi Musa a.s wafat.

#MAMR

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA': NABI AMOS

Nabi Amos merupakan salah seorang Nabi yang dipilih oleh Allah Taala dr golongan kaum Bani Israil. Nama Amos bermaksud "menanggung beban". Beliau berasal dr desa Tekoa di selatan Kerajaan Yehuda, yg terletak kira2 16 km sebelah selatan Jerusalem dan 6 km sebelah selatan Bethlehem. Desa Tekoa terletak di atas bukit, kurang lebih 1,000 meter dari aras laut.

Nabi Amos 'Alaihissalam merupakan seorg sasterawan yg cerdas dan mampu mengutarakan penglihatannya dengan jelas dan tepat. Beliau mula berdakwah sebagai Nabi dua tahun sebelum gempa bumi yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Raja Uzziah, raja Kerajaan Yehuda dan giat berdakwah sekitar tahun 829-804 Sebelum Masihi.

Pada masa itu, banyak org hidup dlm keadaan aman dan makmur, ibadah dipentingkan dan kerajaan berada dlm keadaan damai. Tetapi Nabi Amos 'Alaihissalam melihat bahawa yg mengecapi kemakmuran hanyalah para hartawan yg memperkayakan diri dengan hasil penindasan dan ketidakadilan terhadap org miskin.

Dengan berani dan penuh semangat, Nabi Amos 'Alaihissalam pun menyampaikan dakwahnya supaya mereka beriman dan kembali ke jalan yg benar. Di dalam menyampaikan dakwah, beliau banyak memberi peringatan kpd kaum Bani Israil dan bangsa2 tetangganya agar bertaubat dan kembali ke jalan yg benar dan lurus.

Beliau juga memberi peringatan kepada kaumnya, sekiranya mereka ingkar, Allah Taala akan menghukum mereka. Kemudian Nabi Amos menuju ke kerajaan utara atas perintah Tuhan. Ketika itu, Kerajaan utara diperintah oleh Raja Yerobeam II. Apa yg mendorong beliau ke kerajaan utara tidak begitu jelas. Beliau muncul di Bethel dan di Samaria.

Kemunculan beliau di Bethel tidak disenangi oleh para2 imam terutama Imam Besar Amaziah. Imam Besar Amaziah merupakan Imam Besar fasik yg memimpin rakyat kerajaan utara dlm penyembahan berhala anak lembu yg berpusat di Bethel. Imam Besar Amariah berusaha menyekat Nabi Amos 'Alaihissalam dari berdakwah di Bethel dan dia juga mencari jalan agar Nabi Amos 'Alaihissalam diusir dari negeri itu atas dasar bahawa ia akan menjadi ancaman bagi keamanan negara.

Usaha Imam Besar Amariah telah berhasil dan Nabi Amos 'Alaihissalam telah diusir dari Kenisah dan dari Israil. Dikatakan bahawa Nabi Amos 'Alaihissalam telah kembali semula ke tempat asalnya di wilayah suku Yehuda.

Sepanjang berada di wilayah suku Yehuda, beliau menghabiskan masanya menulis semula nubuat yg disampaikan olehnya secaran lisan sehingga beliau wafat. Menurut Jerome dan Eusebius, pada zaman mereka, makam Nabi Amos 'Alaihisalam berada di desa Tekoa.

#MAMR

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI ZEPHANIAH

Nabi Zephaniah atau disebut sebagai Zefanya merupakan seorg Nabi Ibrani yang diutus oleh Allah kepada kaum Bani Israil. Beliau merupakan anak kepada Kushi bin Gedaliah bin Amariah bin Hezekiah bin Ahaz bin Jotham bin Uzziah bin Amaziah bin Joash (Jehoash) bin Ahaziah bin Jehoram bin Jehoshaphat bin Asa bin Abia bin Rehoboam bin Nabi Sulaiman bin Nabi Daud.

Beliau dilahirkan di dalam istana Kerajaan Yehuda dan merupakan cucu cicit Raja Hezekiah. Beliau hidup pada masa di mana Kerajaan Asyur (Assyria) di bagian barat sedang meluas. Hal ini mengakibatkan perkembangan keagamaan juga perkembangan politik mengarah untuk Kerajaan Asyur. Agama yang berkaitan dengan bintang-bintang juga mengembang menjadi sesuatu yang terkenal sehingga Raja Manasye dari Kerajaan Israil mendirikan sebuah altar penyembahan untuk matahari, bulan, dan segala penghuni surga.

Selain itu, telah tersedia juga suatu dorongan yang kuat sehingga diadakan penyembahan untuk salah satu ibu dewi dari orang Asyur dan Babylon yang merupakan ratu surga. Dorongan kuat tersebut datang dari perkembangan kekuasaan kerajaan Asyur. Penyembahan ini sangat terkenal sehingga banyak keluarga Yudea mengikutinya. Setiap bagian keluarga adil ibu, ayah mahupun anak mengambil bahagian dalam penyembahan tersebut.

Hal inilah yang kemudian ditentang oleh Nabi Zephaniah. Nabi Zephaniah melihat bahwa kaum Bani Israil membiarkan agama pautan masuk dan kesudahannya ikut dalam penyembahan tersebut. Hal ini mengakibatkan penyembahan kepada Allah Taala dibiarkan lepas dan kultur dari Palestina didorong.

Namun demikian, semua hal itu berubah ketika masa pemerintahan Raja Josiah bin Amon bin Manasseh bin Hezekiah bin Ahaz bin Jotham bin Uzziah bin Amaziah bin Joash (Jehoash) bin Ahaziah bin Jehoram bin Jehoshaphat bin Asa bin Abia bin Rehoboam bin Nabi Sulaiman bin Nabi Daud. Pada masa pemerintahan Raja Josiah, kekuatan Kerajaan Asyur sedang menurun.

Menurunnya kekuatan Kerajaan Asyur ini disebabkan kesulitan untuk menggabung pasukan yang telah tersedia di barat dan di timur. Hal ini kemudiannya dimanfaatkan oleh Raja Josiah dengan menyerang Kerajaan Asyur dan memperluas wilayah kekuasaanya sampai ke utara. Hal ini juga mempengaruhi dalam bagian keagamaan Israil, di mana Raja Josiah kembali membawa kaum Bani Israil kembali untuk menyembah Allah Taala.

Selain itu juga telah berlaku serangan suku dari Palestina yang membuat Allah Taala mengutus Zephaniah untuk menjadi Nabi. Suku tersebut bernama Scythians yang merupakan sekumpulan suku barbar. Dakwah yang disampaikan oleh Nabi Zephaniah merupakan suatu dakwah yang menentang kemerosotan moral yang terjadi ketika zaman Raja Manasseh.

Selama pemerintahan baginda, semua suara Nabi yang bertentangan dgn kehendaknya didiamkan dgn cara ditindas. Namun pada masa pemerintahan Raja Josiah, semuanya berubah. Ini disebabkan pembaharuan yg dilakukan oleh Raja Josiah dalam bahagian keagamaan. Baginda berupaya mengembalikan kaum Bani Israil untuk menyembah Allah.

Hal itu membuatkan para Nabi Allah memusatkan perhatian kepada hal2 rohani dan politik ketika itu. Nabi Zephaniah berada di bahagian hadapan dalam pembaharuan itu. Beliau banyak menekankan hal2 tentang ketuhanan, dosa dan amal.

Beliau sentiasa memberi penekanan kepada kaumnya agar sentiasa teguh dengan hukum Allah. Beberapa tahun lamanya, Nabi Zephaniah pun wafat dan dikebumikan di En-Nabi Safi, Selatan Lubnan.

#MAMR

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA: NABI HAGGAI

Nabi Haggai merupakan salah seorg Nabi Ibrani yang diutus oleh Allah Taala pada Kerajaan Yehuda dan Jerusalem. Beliau dikatakan lahir di Babylon dari salah satu keluarga dari keturunan Nabi Harun a.s yang dibuang ke sana.

Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan sifat kecergasan dan tajam akal fikirannya. Setelah meningkat dewasa, beliau telah dilantik oleh suku kaumnya menjadi Imam Besar. Diceritakan bahawa pada tahun 506 Sebelum Masihi, Raja Nebukadnezzar II dari Kerajaan Babylon telah menyerang dan menduduki Kota Jerusalem serta menghancurkan Bait Allah.

Setelah 50 tahun berada dalam pembuangan di Babylon, kaum Bani Israil diizinkan untuk kembali ke Kota Jerusalem untuk membangun kembali kota dan Bait Allah. Raja Darius Hytaspis dari Kerajaan Persia merupakan raja yang bertanggungjawab memberika kesempatan ini kepada kaum Bani Israil dan juga memberikan wang untuk menyelesaikan pekerjaan itu.

Dalam tahun 537 Sebelum Masihi, setelah mendapat kebenaran dari Raja Darius, kaum Bani Israil dibawah pimpinan Pangeran Zerubbabel, gabenur Kerajaan Yehuda kembali ke Kota Jerusalem. Apabila mereka sampai ke tanahair, mereka lupa dgn apa yang dijanjikan malah mereka melakukan pekerjaan mereka sendiri dan membangun rumah mereka sendiri.

Pembangunan Bait Allah terhenti kerana tentangan yang dilancarkan oleh pihak musih dan keadaan ini tetap berlangsung selama beberapa tahun kerana kaum Bani Israil bersikap malas dan mementingkan diri dengan mengejar kepentingan peribadi mereka.

16 tahun berlalu, lalu Allah Taala pun melantik Haggai menjadi Rasul bagi memperingati mereka tentang pembinaan Bait Allah dan bala bencana yang akan menimpa mereka sekiranya mereka ingkar. Nabi Haggai mengobarkan keghairahan kaumnya utk melanjutkan pembangunan Bait Allah tetapi kaumnya tetap bersikap dingin terhadapnya.

Sepanjang berdakwah, Nabi Haggai menyampaikan empat pesanan dari Allah Taala selama empat bulan pada tahun kedua pemerintahan Raja Darius iaitu sekitar tahun 520 Sebelum Masihi. Pesan ini khusus untuk kaum Bani Israil dalam memberi dorongan awal untuk melanjutkan pembinaan tersebut.

Kemudian Allah Taala melantik seorang Nabi bernama Zakharia bagi membantu Nabi Haggai dalam pembinaan Bait Allah. Kedua2 mereka mendesak kaum Bani Israil utk bekerja hingga Bait Allah itu sempurna pada tahun 515 Sebelum Masihi menjelang akhir tahun keenam pemerintahan Raja Darius.

Setelah selesai pembinaan Bait Allah itu, Nabi Haggai dan Nabi Zakharia tetap juga meneruskan dakwah mereka membimbing kaum Bani Israil ke jalan kebenaran. Beberapa tahun lamanya, maka wafatlah Nabi Haggai di Kota Jerusalem dan dikebumikan di Lembah Kidron.

#MAMR

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
SIRI ANBIYA: NABI EZEKIEL

Nabi Ezekiel atau dalam Islam disebut Hazkiyal merupakan seorg Nabi dan Imam Besar Haikal Sulaiman di Baitul Maqdis. Beliau merupakan anak kepada Nabi Jeremiah (Yeremia) bin Nabi Hilkiah bin Shallum bin Zaduk bin Ahitub II bin Amariah II bin Azariah bin Johanan bin Azariah bin Ahimaaz bin Zaduk bin Ahitub bin Amariah I bin Meraioth bin Zerahiah bin Uzzi bin Bukki bin Abishua bin Nabi Phinehas (Fanhas) bin Nabi Eleazar (Al-Aizar) bin Nabi Harun bin Imran bin Yishar bin Qahith bin Nabi Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.

Menurut catatan sejarah, beliau dilahirkan di Baitul Maqdis sekitar tahun 622 Sebelum Masihi. Beliau dilantik menjadi Nabi sebanyak dua kali iaitu dr tahun 592-586 Sebelum Masihi dan 572-570 Sebelum Masihi.

Pada akhir tahun 598 Sebelum Masihi, Kerajaan Yehuda telah diserang oleh Kerajaan Babylon di bawah pimpinan Raja Nebukadnezzar II. Di dalam serangan tersebut, Raja Nebukadnezzar II dapat menawan bandar al-Quds buat pertama kalinya. Kemudian baginda menawan kaum Bani Israil seramai 1,000 org dan di bawa pulang ke Babylon sebagai bangsa buangan. Nabi Ezekiel juga termasuk di dalam 1,000 org tawanan tersebut.

Setelah empat tahun ditawan di Babylon, pada tahun 593 Sebelum Masihi, beliau telah dilantik menjadi menteri terakhir dalam Kerajaan Yehuda bersama bapanya Nabi Jeremiah dan Nabi Isaiah. Beliau memegang jawatan menteri di jabatan menteri Kerajaan Yehuda dari tahun 593-572 Sebelum Masihi.

Apabila usianya genap 30 tahun, Allah Taala mengutus Malaikat Jibrail utk menyampaikan wahyu perlantikannya sbg Nabi dan Rasul. Beliau dilantik menjadi Nabi yg berperanan memberi nasihat dan amaran kpd para tawanan Judah yg berada di bumi Babil (Iraq) di samping mereka yg masih kekal di tanah airnya.

Di dalam menyampaikan risalah tauhid kepada kaumnya, beliau juga memberitahu kaumnya akan azab yg akan menimpa mereka sekiranya mereka membuat kemungkaran dan kerosakan di dalam Kota Jerusalem. Beliau berkata: "Sekiranya kamu semua masih lagi membuat kemungkaran dan tidak mahu bertaubat, kamu semua pasti akan mengikuti saudara kamu yg telah ditawan itu".

Namun sebahagian drpd mereka membuat kemungkaran dan dosa di mata Tuhan lalu pada tahun 587 Sebelum Masihi, tentera Kerajaan Babylon dtg menyerang Kerajaan Yehuda dan kali ini Haikal Sulaiman yg menjadi kebanggaan mereka semua dibinasakan sehancur-hancurnya dan mereka ditawan ke Babylon.

Pada tahun 586 Sebelum Masihi, Nabi Ezekiel memencilkan dirinya dari masyarakat kerana kebanyakkan kaumnya banyak ditawan di Babylon. Kemudian beliau aktif kembali sebagai Nabi sekitar tahun 572 Sebelum Masihi sehinggalah beliau wafat pada tahun 570 Sebelum Masihi.

#MAMR

 
Sponsored Post
Top
Log in Register