combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Muzium Diraja Dijangka Dibuka Semula 1 Feb 2027
Kredit: FB Aaron Ago Dagang
Muzium Diraja yang ditutup sementara sejak Januari lepas dijangka dibuka semula kepada orang ramai pada 1 Feb tahun depan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata kerja pemeliharaan dan pemuliharaan muzium itu telah selesai, manakala kerja naik taraf hiasan dalaman dan peragaan sedang dilaksanakan, serta dijadualkan siap pada 28 Jan depan.
“Kementerian komited memastikan khazanah bersejarah ini terus dipelihara sebagai warisan negara dan wadah pendidikan kepada generasi akan datang,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Muzium Diraja merangkumi Galeri Diraja, bekas ruang rasmi dan peribadi Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong, selain Balairung Seri yang menjadi lokasi pelbagai istiadat penting negara termasuk pertabalan, pengurniaan darjah kebesaran dan majlis rasmi diraja.
Muzium berkenaan ditutup sejak 1 Jan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja konservasi, pemeliharaan dan penyelenggaraan bangunan.