BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakej 1 PTJSD Kini Capai 40.79 Peratus, Dijangka Siap Oktober 2027 - Chow

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Pakej 1 PTJSD Kini Capai 40.79 Peratus, Dijangka Siap Oktober 2027 - Chow​

8bc1185884b4f3c58485573295d3ef896a9e596b2f746

Kredit: Fb Chow Kon Yeow

Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua (PTJSD) terus mencatat perkembangan positif apabila Pakej 1 projek itu mencapai kemajuan 40.79 peratus dengan kerja-kerja pembinaan giat dilaksanakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata Pakej 1 PTJSD dijangka siap pada Oktober 2027, manakala Pakej 2 hingga Pakej 5 kini dalam proses penilaian dan panggilan tender.

"Proses tender bagi Pakej 2 hingga Pakej 5 dijangka dapat disempurnakan pada hujung tahun ini dan kerja-kerja boleh dimulakan pada awal tahun depan.

“Isu berkaitan pengambilan tanah dan pemindahan utiliti akan dilaksanakan serentak bagi memastikan PTJSD dapat berjalan lancar,” katanya dalam hantaran Facebook selepas mengadakan lawatan ke tapak projek itu, hari ini.

Beliau berkata projek itu juga mendapat perhatian serius Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan pemantauan berkala serta mesyuarat bulanan diadakan bagi memastikan setiap cabaran dan isu dapat ditangani segera.

Chow berkata projek sepanjang 17.3 kilometer, merentasi tiga daerah utama iaitu Seberang Perai Selatan, Tengah dan Utara itu mengadaptasi konsep pengasingan trafik tempatan dan trafik lebuh raya seperti yang dilaksanakan di Jelapang, Ipoh.

Beliau berkata kerajaan negeri terus memainkan peranan membantu aspek pengambilan tanah dengan proses kini memasuki Seksyen 8 dan dijangka dibentangkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Pulau Pinang pada 17 Sept ini.

PTJSD yang dianggarkan melibatkan kos RM3 billion dijangka mengurangkan kesesakan trafik dengan 30 peratus akan beralih ke laluan terus baharu Juru-Sungai Dua, sekali gus menjimatkan masa perjalanan semasa dari satu jam kepada hanya 20 minit pada waktu puncak.

Projek dijangka memberi manfaat kepada 200,000 pengguna harian jajaran itu, dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia bagi menangani isu kesesakan lalu lintas di koridor Juru-Sungai Dua yang menjadi laluan utama menghubungkan Pulau Pinang dengan negeri-negeri di utara Semenanjung.

 
Back
Top
Log in Register