BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muzium Diraja Dijangka Dibuka Semula 1 Feb 2027

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,138
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,138
Reaction score
346
Points
141

Muzium Diraja Dijangka Dibuka Semula 1 Feb 2027​

8d02b2a2bd8a02661a2141f8c513e7cf6aa171586fba2

b1d2f4a013e44b60e66ab9818fcd078f6aa1714993cde

6de688bc14a00b02eced1c9263501be16aa171391f582

f4638ba88a08f482160a4d0da8f235846aa1712535e31

Kredit: FB Aaron Ago Dagang

Muzium Diraja yang ditutup sementara sejak Januari lepas dijangka dibuka semula kepada orang ramai pada 1 Feb tahun depan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata kerja pemeliharaan dan pemuliharaan muzium itu telah selesai, manakala kerja naik taraf hiasan dalaman dan peragaan sedang dilaksanakan, serta dijadualkan siap pada 28 Jan depan.

“Kementerian komited memastikan khazanah bersejarah ini terus dipelihara sebagai warisan negara dan wadah pendidikan kepada generasi akan datang,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Muzium Diraja merangkumi Galeri Diraja, bekas ruang rasmi dan peribadi Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong, selain Balairung Seri yang menjadi lokasi pelbagai istiadat penting negara termasuk pertabalan, pengurniaan darjah kebesaran dan majlis rasmi diraja.

Muzium berkenaan ditutup sejak 1 Jan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja konservasi, pemeliharaan dan penyelenggaraan bangunan.

 
Back
Top
Log in Register