BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Marina Square akan ditutup pada Mac 2027 untuk dibangunkan semula; dijangka siap jelang 2031

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Marina Square akan ditutup pada Mac 2027 untuk dibangunkan semula; dijangka siap jelang 2031​

screenshot_2026-09-01_092909.jpg

Ilustrasi kompleks marina Square sedia ada yang disepadukan dengan tiga menara baharu. (Gambar: Singapore Land)

SINGAPURA: Pusat beli-belah Marina Square akan ditutup pada 31 Mac tahun depan bagi memberi laluan kepada pembangunan semula kawasan itu yang akan merangkumi kediaman mewah, sebuah hotel baharu, apartmen servis dan ruang pejabat.

Pembangunan semula itu dijangka siap menjelang 2031, menurut Singapore Land Group (SingLand) pada Selasa (1 Sep).

IKLAN

Tiga hotel sedia ada di kompleks tersebut akan terus beroperasi sepanjang tempoh pembinaan.

Tiga menara baharu akan disepadukan dengan tiga hotel sedia ada, iaitu Pan Pacific Singapore, PARKROYAL COLLECTION Marina Bay dan Mandarin Oriental Singapore. Sementara itu, pusat beli-belah Marina Square setinggi empat tingkat akan diubah elok secara besar-besaran.

Kompleks seluas 9.2 hektar itu akhirnya akan menggabungkan kediaman, hotel, pejabat, ruang runcit, kemudahan sukan dan kesejahteraan serta ruang seni dan budaya.

KEDIAMAN MEWAH, HOTEL BAHARU

Sebuah menara kediaman setinggi 49 tingkat dan melebihi 190 meter akan mempunyai 204 kediaman mewah, terdiri daripada apartmen tiga hingga lima bilik tidur serta penthouse.

IKLAN

Sebuah lagi bangunan bercampur setinggi 19 tingkat akan menempatkan hotel dengan 304 bilik serta kira-kira 13,000 meter persegi ruang pejabat premium Gred A.

Hotel itu akan ditempatkan dari tingkat empat hingga 10, manakala pejabat pula dari tingkat 12 hingga 19.

Sebuah bangunan apartmen servis setinggi 24 tingkat akan menawarkan 260 unit dengan pemandangan menghadap Marina Bay dan Bay East Garden.

Ketua Pegawai Eksekutif SingLand, Jonathan Eu, berkata pembangunan semula itu memberi peluang untuk membentuk semula Marina Square sebagai destinasi yang “lebih terhubung dan menarik”.

“Dengan menambah kediaman, apartmen servis dan tempat kerja di samping hotel sedia ada, serta mengubah pusat beli-belah dengan memberi tumpuan kepada pengalaman membeli-belah, sukan, kesejahteraan dan masyarakat, kami sedang mewujudkan satu ekosistem baharu di mana orang ramai boleh tinggal, bekerja, menginap dan berhubung,” katanya.

IKLAN

PUSAT BELI-BELAH MARINA SQUARE

Pusat beli-belah Marina Square setinggi empat tingkat akan menjalani kerja-kerja naik taraf yang meliputi lebih 76,000 meter persegi keluasan lantai kasar.

Gabungan kedai baharunya akan merangkumi lebih banyak pilihan makanan dan minuman (F&B), sukan, kesejahteraan dan gaya hidup. Ia juga akan mempunyai kawasan landskap dan ruang mesra haiwan peliharaan.

SingLand turut mendedahkan bahawa pusat beli-belah itu akan menjadi penghubung antara hotel, pejabat, kediaman, apartmen servis dan ruang awam di kawasan berkenaan.

Laluan pejalan kaki juga akan dipertingkatkan, termasuk sebuah laluan berbumbung dan laluan botani bertingkat yang menghubungkan bangunan itu dengan One Raffles Link, Millenia Walk, Suntec City dan Dataran NS yang bakal dibuka.

IKLAN

TAMAN BAHARU

Pembangunan semula itu juga akan merangkumi sebuah taman awam seluas 6,500 meter persegi di atas Terusan Stamford Canal. Taman itu akan mempunyai kawasan hijau, ruang permainan dan kawasan untuk menganjurkan acara.

Lebih 4,000 meter persegi ruang awam privet pula akan dihubungkan secara langsung dengan Dataran NS.

Ruang awam lain termasuk tempat acara seluas 700 meter persegi yang dinamakan The Cube di sepanjang Raffles Boulevard dan ruang atrium utama seluas 300 meter persegi, dikenali sebagai The Oculus, di dalam pusat beli-belah itu.

Marina Centre siap dibina pada 1986 dan merupakan kawasan pertama yang dibangunkan dalam kawasan Marina Bay yang lebih luas, dengan menggabungkan pejabat, hotel dan ruang runcit.

Menjelang penutupan pusat beli-belah Marina Square pada Mac tahun depan, SingLand akan terus mengadakan acara dan kegiatan bagi menarik pengunjung serta membantu meningkatkan jualan peruncit.

Pemaju itu juga berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk mengurangkan gangguan dan memastikan orang ramai masih boleh mengakses tiga hotel tersebut sepanjang tempoh kerja-kerja binaan dijalankan.

 
Back
Top
Log in Register