BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu pendawaian kekal isu utama alat OBU jelang pelaksanaan sistem ERP 2.0 pada 2027

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Isu pendawaian kekal isu utama alat OBU jelang pelaksanaan sistem ERP 2.0 pada 2027​

screenshot_2026-08-04_223711.jpg

Bayaran tempat letak kereta dikira secara automatik dan dipaparkan pada OBU apabila pemandu memandu keluar dari lot tersebut. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

SINGAPURA: Beberapa bulan sebelum Singapura beralih kepada sistem ERP 2.0 yang baharu, isu pendawaian kekal sebagai masalah paling kerap memerlukan kerja-kerja pembetulan bagi kereta yang sudah dipasang dengan unit dalam kenderaan (OBU).

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), pihaknya akan membantu mempercepatkan janji temu serta menyediakan sokongan teknikal.

IKLAN

Sebuah syarikat sewa kereta, misalnya, kerap mendapat notis untuk menghantar armadanya kerana alat OBU yang dipasang perlu kembali diperiksa.

Malah, sebuah kereta terpaksa dihantar ke bengkel sebanyak empat kali.

Ini bermakna pihaknya perlu menyelaras dengan pelanggan untuk mendapatkan semula kereta tersebut.

0.2% KERETA DENGAN OBU PERLU DIHANTAR SEMULA KE BENGKEL

Kira-kira 1,500 kereta, atau 0.2 peratus daripada sekitar 700,000 yang sudah dipasang OBU setakat Julai, perlu dihantar semula ke bengkel.

IKLAN

Ia mungkin lebih rendah berbanding 1.3 peratus pada Mei tahun lalu, namun tetap perlu ditangani dengan segera.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Nasional Singapura (NUS), Prof Lee Poh Seng berkata: "Jika seorang pemandu terpaksa kembali beberapa kali, ini petanda kita mungkin merawat gejala dan bukannya mengenal pasti akar masalah.

"Sebenarnya, dengan jumlah pemasangan yang besar, kita sepatutnya semakin berupaya mengenal pasti kegagalan yang berulang dan membangunkan protokol pemasangan dan huraian masalah khusus bagi kenderaan."

Beliau menambah, pengajaran daripada kes-kes yang timbul perlu dikongsi dengan bengkel-bengkel kenderaan.

Sedang Singapura bersedia untuk beralih kepada ERP 2.0 tahun depan, tumpuan seharusnya terarah kepada memastikan para pemandu dikenakan bayaran yang tepat.

 
Back
Top
Log in Register