BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muzium Negeri Pulau Pinang Dibuka Semula, Masuk Percuma Sehingga 31 Ogos

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,696
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,696
Reaction score
97
Points
80

Muzium Negeri Pulau Pinang Dibuka Semula, Masuk Percuma Sehingga 31 Ogos​

028bc80f7abb902964c3c08cb7a91c8a6a62c959d750b

bb9b437b827a30cd8dd174d21fe9ca646a62c928b84a2

Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib (dua, kiri) mencuba telefon lama yang dipamerkan di Muzium Negeri Pulau Pinang sambil diperhatikan oleh Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah (kiri) dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (dua, kanan) pada perasmian muzium berkenaan malam tadi.

Selepas sembilan tahun ditutup bagi kerja pemulihan dan naik taraf, Muzium Negeri Pulau Pinang dibuka semula dengan wajah baharu, mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memelihara dan memartabatkan sejarah, warisan serta budaya.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek bernilai RM18 juta itu melibatkan dua fasa, iaitu kerja restorasi bangunan warisan bagi mengekalkan seni bina asal serta pembangunan ruang dalaman dan pameran baharu yang lebih moden dengan 15 ruangan bagi mempamerkan hampir 1,200 artifak berkaitan Pulau Pinang.

Beliau berkata penggunaan teknologi seperti sistem projektor berteknologi tinggi, kiosk interaktif, simulator serta pengesan gerakan menjadikan pengalaman pembelajaran sejarah lebih menarik, inklusif dan berimpak tinggi, khususnya kepada generasi muda.

“Sejak dibuka pada 1965, muzium ini menjadi institusi penting dalam pemeliharaan sejarah negeri sebelum ditutup pada April 2017 bagi memberi laluan kepada kerja pemulihan dan naik taraf yang dilakukan secara menyeluruh.

“Dengan pendekatan pameran yang lebih segar dan interaktif serta kedudukan strategik di tengah-tengah George Town, kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 2,500 pengunjung setiap bulan atau kira-kira 30,000 pengunjung setahun,” katanya pada majlis perasmian pembukaan semula muzium itu di sini malam tadi.

Majlis perasmian disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib dan hadir sama ialah isterinya Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai.

Chow berkata kerajaan negeri percaya pemeliharaan warisan bukan sekadar memulihara bangunan atau menyimpan artifak, sebaliknya pelaburan jangka panjang dalam membentuk jati diri masyarakat, memperkukuh perpaduan dan menyemai penghargaan terhadap sejarah serta kepelbagaian budaya.

Sementara itu, Wong yang juga Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang berkata konsep yang dibangunkan mengetengahkan elemen alam persekolahan sebagai tema utama, membolehkan pengunjung menghayati suasana pembelajaran zaman dahulu melalui susun atur serta gaya tatacara pameran.

Beliau berkata elemen interpretasi disusun bagi menghidupkan kembali memori dan sejarah pendidikan serta pengenalan konsep muzium kontemporari dengan seksyen pameran berkonsepkan Rukun Negara, iaitu paksi kepada setiap rakyat Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register