BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permohonan Masuk Tabika Perpaduan Sesi 2027 Dibuka Mulai 15 Mac Hingga 31 Ogos

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
bddcc3dddf27f49f51b546422b2a970869b909bb29761

Kredit: FB - Kementerian Perpaduan Negara

Permohonan kemasukan ke Tabika Perpaduan bagi sesi 2027 dibuka bermula 15 Mac hingga 31 Ogos ini dan boleh dibuat secara dalam talian, menurut Kementerian Perpaduan Negara.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarat kemasukan terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai sijil kelahiran dan MyKad serta berumur antara empat hingga enam tahun.

"Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tempat kediaman atau tempat kerja ibu bapa berada dalam lingkungan 10 kilometer dari lokasi Tabika Perpaduan," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memberitahu Tabika Perpaduan menawarkan pendidikan prasekolah berkualiti dengan kurikulum berstruktur bagi menyediakan kanak-kanak menghadapi alam persekolahan di darjah satu.

"Bermula tahun ini Tabika Perpaduan mengaplikasikan Kurikulum Prasekolah 2026 yang menekankan pembangunan menyeluruh kanak-kanak dari segi kognitif, emosi, sahsiah serta nilai perpaduan dan kenegaraan," menurut kenyataan itu.

Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan setakat ini terdapat 1,781 Tabika Perpaduan di seluruh negara dengan jumlah murid seramai 34,817 orang, menjadikannya antara platform penting dalam membina asas pendidikan awal serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam kenyataan sama, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata Tabika Perpaduan diperkukuhkan melalui Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 sebagai inisiatif strategik kementerian bagi memberi suntikan baharu kepada program pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau berkata pelan itu bertujuan memperkukuh peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi yang bukan sahaja membangunkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh, malah membentuk generasi yang mempunyai semangat cintakan negara serta mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian.

"Pelan ini merangkumi pemantapan menyeluruh meliputi aspek kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, pembangunan profesionalisme guru, tadbir urus, jalinan kerjasama dengan komuniti serta sistem pemantauan yang lebih berkesan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register