BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Mempunyai Peranan Bantu Dapatkan Projek Jana Wibawa - Saksi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Muhyiddin Mempunyai Peranan Bantu Dapatkan Projek Jana Wibawa - Saksi​

ef64e95cb39091763a2f169a0d25f7a96a68864005780

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi perbicaraan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau percaya bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peranan dalam membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd yang ditubuhkannya, mendapatkan projek di bawah Program Jana Wibawa.

Pengarah syarikat Metrasys Sdn Bhd Lian Tan Chuan, 55, berkata ini berikutan syarikat Nepturis memenangi tender pra kelayakan pada 12 Jan 2022 bagi Projek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor, selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan surat setuju terima (SST).

"Pada 16 Jan 2022, saya meminta Rizman (Mohd Rizman Akum Khan) untuk sediakan cek daripada Nepturis berjumlah RM1 juta untuk dibayar kepada Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Kemudian saya serahkan cek ini kepada Datuk Azman (Datuk Azman Yusoff) di pejabatnya sendiri untuk beliau uruskan penyerahan cek kepada mana-mana pemimpin Bersatu atau depositkan cek itu di bank," katanya.

Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata Azman yang merupakan Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera dan seorang ahli Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memberitahu beliau bahawa kerajaan telah meluluskan Program Jana Wibawa.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan Muhyiddin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengenai bagaimana saksi itu berani membuat sumbangan RM1 juta kepada Bersatu, Lian menjawab "lepas kami membuat kira-kira projek itu ada untung".

Disoal Wan Shaharuddin mengapa Lian membuat sumbangan kepada Bersatu dan saksi itu berkata "sudah janji apabila dapat Surat Setuju Terima (SST) kami kena buat sumbangan".

Wan Shaharuddin: RM1 juta adalah satu jumlah yang besar? Lian: Ya, sangat besar kerana jumlah besar itu boleh jadikan modal untuk sesuatu projek.

Wan Shaharuddin: Dalam kes ini, sumbangan kepada Bersatu adakah suatu reward atau derma semata-mata? dan Lian menjawab "Saya rasa ia adalah suatu balasan".

 
Back
Top
Log in Register