combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Menyulam Warisan Masyarakat Lun Bawang Melalui Aksesori Manik
Deborah Daniel, 42, menunjukkan aksesori manik tradisional kaum Lun Bawang ketika ditemui Bernama di Pesta Irau Aco Lun Bawang baru-baru ini.
Bagi kaum Lun Bawang yang merupakan salah satu subetnik Orang Ulu, aksesori manik menjadi pelengkap busana tradisional, selain lambang identiti, warisan budaya serta keanggunan wanitanya.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Selama bertahun-tahun, seorang wanita hanya memerhatikan ibu dan kakaknya tekun menyusun manik bagi menghasilkan aksesori tradisional kaum Lun Bawang.
Tidak pernah terlintas di fikiran Deborah Daniel, 42, untuk mengikuti jejak langkah mereka, sehinggalah beliau mula membantu keluarganya berniaga dan jatuh cinta dengan seni warisan yang menjadi kebanggaan masyarakat Orang Ulu sejak generasi terdahulu.
“Saya mula berminat kira-kira tiga tahun lepas, sebaik saya membantu keluarga selepas ibu jatuh sakit dan kurang sihat kerana faktor usia.
“Sebelum ini, saya hanya melihat ibu dan kakak-kakak membuat aksesori manik. Saya memang tidak berminat dengan kraf tangan tetapi lama-kelamaan saya semakin memahami nilai warisan ini dan mula belajar menghasilkannya sendiri,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Pesta Irau Aco Lun Bawang baru-baru ini.
Kini, wanita dari Kampung Buduk Nur di Ba’Kelalan itu bukan sahaja menghasilkan pelbagai aksesori tradisional seperti ‘pata’ (hiasan kepala) dan rantai (bane bau dan bau alai), sekali gus meneruskan warisan turun-temurun berkenaan.
Bagi kaum Lun Bawang yang juga satu daripada subetnik Orang Ulu, aksesori manik menjadi pelengkap busana tradisional, selain lambang identiti, warisan budaya serta keanggunan golongan wanita.
“Apabila orang melihat aksesori ini, mereka akan tahu ini daripada kaum Lun Bawang. Ia bukan sekadar cantik dipakai tetapi mempunyai nilai budaya yang sangat penting kepada kami,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu.
Di sebalik keindahan dan warna-warni aksesori itu, Deborah berkata proses pembuatannya memerlukan kesabaran dan ketelitian tinggi, dengan reka bentuk serta susunan corak dihasilkan sendiri berdasarkan kemahiran yang dipelajari daripada ahli keluarganya.