BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayaran Pampasan Melalui Khidmat Masyarakat Boleh Dipertimbang - Azalina

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
80783c6888afd0fe545a5983ce73c93569e5af0af333f

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Pejabat Bahagian Pembelaan Awam, Pelancaran Kembara Justice on Wheels (JoW) dan Pentauliahan Pegawai Pengantara Jabatan Bantuan Guaman, di sini hari ini.

Restitusi atau bayaran pampasan kepada pihak yang berhak bagi memulihkan kerugian atau ketidakadilan melalui khidmat masyarakat sebagai alternatif boleh dipertimbangkan melalui tribunal khas bagi tuntutan pampasan kepada keluarga mangsa jenayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penelitian melibatkan jenis pampasan perlu dilihat secara meluas terutamanya orang perseorangan dan keupayaan pihak bertanggungjawab.

"Bagi saya isu pampasan ini dalam Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Jenayah, kita tengok pada aspek secara meluas.

"Sebagai contoh, saya ada sebut tentang 'corporate manslaughter' untuk kes pemandu bas cuai. Kita nak syarikat bertanggungjawab dan bila syarikat bertanggungjawab, takkan kita nak syarikat masuk penjara," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Pejabat Bahagian Pembelaan Awam, Pelancaran Kembara Justice on Wheels (JoW) dan Pentauliahan Pegawai Pengantara Jabatan Bantuan Guaman.

Azalina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media baru-baru ini bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti cadangan penubuhan tribunal khas bagi tuntutan pampasan kepada keluarga mangsa jenayah.

Media melaporkan, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar yang mengesahkan perkara itu berkata cadangan berkenaan memerlukan kajian terperinci bagi memastikan keberkesanannya dari segi pelaksanaannya jika direalisasikan kelak.

Cadangan penubuhan tribunal khas itu adalah susulan beberapa pihak termasuk ahli politik dan pakar undang-undang yang mahukan pampasan diberi kepada keluarga mangsa maut akibat jenayah termasuk kemalangan.

Azalina berkata keadaan berbeza jika ia membabitkan organisasi yang dipertanggungjawabkan dengan ganti rugi dianugerahkan kepada keluarga mangsa kerana ia boleh termasuk dalam pakej hukuman dikenakan.

Beliau berpandangan bahawa tribunal dicadangkan itu memerlukan sedikit penyesuaian, berikutan jenis pampasan berkenaan tidak semestinya dalam bentuk kewangan, dengan mengambil contoh daripada amalan beberapa negara luar yang melaksanakan restitusi dalam bentuk kerja sosial.

 
Back
Top
Log in Register