BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Biar Warisan Masyarakat Dayak Terhakis Arus Kemodenan - Aaron

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Jangan Biar Warisan Masyarakat Dayak Terhakis Arus Kemodenan - Aaron​

53dd6c056a8c78ceda0ac63f345bb7176a1bd3baacc86


Masyarakat Dayak di Sarawak diingatkan agar tidak membiarkan adat, budaya dan warisan nenek moyang sejak turun-temurun semakin terhakis dalam mengharungi arus kemodenan serta perkembangan teknologi yang semakin pesat pada masa kini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata masyarakat Dayak perlu bergerak seiring dengan perubahan zaman sambil memastikan akar budaya kekal utuh bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

“Tradisi yang diwarisi bukan sekadar tinggalan sejarah tetapi merupakan identiti yang membentuk jati diri sesuatu bangsa.

“Generasi muda perlu terus didedahkan dengan bahasa, adat resam, kesenian dan nilai budaya agar warisan yang diwariskan oleh leluhur terus hidup dan berkembang,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Aaron berkata kemajuan teknologi, pendidikan dan ekonomi harus dimanfaatkan untuk mendokumentasikan, mempromosi dan memartabatkan warisan budaya kepada generasi akan datang.

Ahli Parlimen Kanowit itu berkata sambutan Hari Gawai Dayak merupakan perayaan yang penuh makna, iaitu sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian, rezeki yang dikurniakan serta nikmat keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati bersama-sama.

“Sebagai seorang anak Iban yang membesar di rumah panjang, sambutan Gawai sentiasa membawa kenangan cukup istimewa dalam hidup saya.

“Saya masih mengingati suasana gotong-royong menyediakan juadah, gelak tawa saudara-mara yang pulang ke rumah panjang serta semangat kekeluargaan yang menyatukan seluruh komuniti.

“Nilai hormat kepada orang tua, semangat berkongsi rezeki dan amalan saling membantu yang saya pelajari sejak kecil terus menjadi pegangan dalam kehidupan hingga hari ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register