BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warisan Orang Asal Sebahagian Daripada Khazanah Dan Identiti Malaysia - Aaron

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Warisan Orang Asal Sebahagian Daripada Khazanah Dan Identiti Malaysia - Aaron​

0d40dd9eb5d43e148aaca5dacba562896a785616b5da7

fb Aaron Ago Dagang

Warisan masyarakat Orang Asal bukan sekadar milik komuniti itu, sebaliknya sebahagian daripada khazanah dan identiti Malaysia yang perlu terus dipelihara, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Menerusi hantaran Facebook sempena Hari Orang Asal Sedunia 2026 hari ini, beliau berkata usaha memartabatkan masyarakat itu perlu bergerak seiring dengan pembangunan negara tanpa menyebabkan bahasa, adat atau pengetahuan tradisional semakin terpinggir.

Aaron berkata kemajuan negara  perlu membuka lebih banyak ruang kepada generasi Orang Asal untuk maju dalam pendidikan, ekonomi dan kepimpinan tanpa kehilangan akar budaya serta jati diri mereka.

“Malaysia bertuah kerana memiliki masyarakat Orang Asal yang menjadi sebahagian penting sejarah dan identiti negara.

“Bahasa, seni, adat, pengetahuan tradisional, hubungan dengan alam serta nilai kehidupan yang diwariskan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya memperkaya identiti Malaysia,” katanya.

Aaron berkata pada peringkat dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengiktiraf masyarakat pribumi sebagai pewaris dan pengamal budaya serta sistem pengetahuan yang unik termasuk dalam pemeliharaan alam sekitar dan biodiversiti.

Dalam konteks perpaduan negara, beliau berkata masyarakat Orang Asal menjadi sebahagian daripada keluarga besar Malaysia dengan kepelbagaian yang dimiliki negara bukanlah pemisah, sebaliknya kekuatan yang membentuk wajah Malaysia.

“Apabila setiap komuniti dihormati, warisannya dipelihara dan sumbangannya dihargai, kita sedang membina sebuah negara yang lebih inklusif, harmoni dan bersatu,” katanya.

Sempena Hari Orang Asal Sedunia, Aaron menyeru semua pihak memperkukuh komitmen untuk menghormati identiti, mengangkat martabat dan menghargai sumbangan masyarakat itu kepada negara.

 
Back
Top
Log in Register