BTC USD 83,144.0 Gold USD 4,117.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Obesiti Penyakit Orang Miskin, Bukan Orang Kaya​



malaysia juara obesiti asia
bukan makan banyak tapi sebab makan makanan yang tidak elok

 
1000211342.jpg


Obesiti boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, sakit jantung dan lain-lain lagi. Obesiti juga boleh menjejaskan fungsi sistem imuniti badanā€¼ļø
 

Rakyat Malaysia kuat makan, punca masalah kegemukan​



WhatsApp-Image-2022-01-25-at-15.24.17-1.jpeg

Dr. Sheikh Muszaphar setuju rakyat Malaysia mempunyai masalah kegemukan dan berpandangan golongan lelaki merupakan penyumbang terbesar kepada permasalahan itu.

PETALING JAYA – Populasi rakyat Malaysia yang memiliki berat badan secara berlebihan berada pada tahap yang tertinggi di Asia Tenggara.

Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengakui bahawa rakyat Malaysia sememangnya mempunyai masalah kegemukan berpunca daripada pengambilan makanan secara berlebihan serta kurang berkhasiat.

ā€œMalaysia memang negara kuat makan, sebab makanan kita sedap dan kurang berkhasiat dengan kari, gulai, santan berlebihan.

ā€œSatu lagi faktor apabila sudah berkahwin, kebanyakan daripada kita berhenti bersenam dan tidak lagi menjaga badan, lebih-lebih lagi kalau anak ramai,ā€ katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Semalam, Kosmo! melaporkan kira-kira 11.5 juta individu dewasa negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan dan daripada jumlah itu, 6.9 juta individu dewasa itu melibatkan golongan wanita yang mengalami masalah obesiti terutama mereka berusia dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an.

Susulan dari laporan tersebut, beliau turut mempertikaikan jumlah wanita gemuk yang dinyatakan dan menganggap golongan lelaki sebenarnya menjadi penyumbang terbesar kepada masalah kegemukan di Malaysia

ā€œBerapalah agaknya golongan lelaki yang gemuk di Malaysia. Saya yakin lebih ramai daripada wanita,ā€ ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai untuk menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. – K! ONLINE

 

Habis rumah terbuka selepas Syawal, tiba masa turunkan berat badan... Ini 5 langkah kembali ideal dalam 100 hari!​

Selasa, 07 Mei 2024 10:30 AM

553.jpg

Cabaran diet 100 hari dapat membantu menurunkan berat badan. -Gambar hiasan

JAMUAN rumah terbuka sememangnya meriah dengan kepelbagaian juadah terutama ketupat, lemang dan rendang yang menjadi 'menu raya' sepanjang Syawal.

Tidak kurang juga yang menyediakan mi bandung, sate, lontong, laksa, nasi briyani dan sebagainya sebagai hidangan utama untuk meraikan para tetamu.

Boleh dikatakan kebanyakan sajian yang dihidangkan adalah tinggi kalori.

Anda yang kerap menghadiri rumah terbuka dan menikmati segala juadah yang dihidangkan, pasti berasa bimbang dengan kenaikan berat badan.

Bagi yang ingin mendapatkan bentuk badan asal dan mahu menurunkan berat, bolehlah mencuba lima langkah seperti yang dicadangkan jurulatih kecergasan, Amirul Aslam.

Paling mengujakan anda dapat melihat perubahan ketara selepas 100 hari.

2679974.jpg

Makanan yang diproses perlu dielakkan bagi memastikan diet berkesan. -Gambar hiasan

1. Jangan minum air manis

Anda yang berfikiran 'aku tak boleh hidup tanpa air manis' perlu segera mengubah persepsi tersebut serta merta.
Apa yang penting adalah air kosong dan bukanlah air manis.
Jika terlampau craving, boleh gantikan gula dengan pemanis yang lain seperti daun stevia.

2. Buang semua junk food
Susah untuk menolak junk food kalau ia sememangnya tersedia di dapur mahupun peti sejuk rumah.
Oleh itu, elakkan restock bahan seperti mi segera, coklat, gula-gula, aiskrim serta keropok atau apa sahaja yang membantutkan proses diet anda.
Cuba elakkan dalam tempoh 100 hari ni.

2679972.jpg

Brisk walk dapat membantu membakar kalori dalam badan. -Gambar hiasan

3. Lakukan brisk walk atau joging


Cuba amalkan selama 45 minit sehari atau sekerap lima kali seminggu.
Lebih banyak peluh dikeluarkan, lebih mudah anda menurunkan berat bedan.

4. Dapatkan rehat yang cukup dan tidur awal

Pastikan anda mendapatkan waktu tidur yang mencukupi, sekurang-kurangnya enam jam.
Elakkan melayari media sosial sehingga lewat malam kerana habit tersebut tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan.

5. Pilih diet yang ingin diamalkan

Terdapat banyak amalan diet yang boleh dilakukan.
Pilih salah satu dan teruskan selama 100 hari tanpa cheat day ya!

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/fami...an-ini-5-langkah-kembali-ideal-dalam-100-hari
 
Ofis aku hari ni ado lg rumah terbuka
Esok ado lagi kat dengkil hehe
 
Back
Top
Log in Register