BTC USD 69,616.5 Gold USD 2,360.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
444,107
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
444,107
Reaction score
35,426
Points
2,836
Awards
2
Bagi pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, semenjak bergelar artis, berat badannya tidak terkawal dan menjadi obes akibat pengurusan makanan yang tidak baik.

Mahu memperbaiki tahap kesihatan, Bob perlu membeli mesin oksigen dan melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass).

“Saya memerlukan peralatan itu akibat berat badan yang berlebihan iaitu 219 kilogram sehingga menyukarkan pernafasan selain komplikasi buah pinggang. Syukur dengan sumbangan Hero Malaya sebanyak RM 60,009, saya boleh melakukan rawatan. Namun, jumlah itu belum cukup untuk menampung segala kemungkinan pada masa akan datang. Justeru saya akan mengeluarkan single album untuk menampung perbelanjaan itu kelak,” ujarnya.

Sebelum menjalani pembedahan pintasan perut, dia perlu berdiet selama sebulan.

Bob Kuman perlu mengurangkan kandungan karbohidrat dalam badannya dengan memakan makanan lembut.

Kebetulan, komplikasi penyakit akibat obesiti yang dialaminya sangat serius dan boleh memberi kesan kepada paru-paru dan hati.

Melakukan rawatan di Pusat Rawatan KPJ Damansara, Bob Kuman menasihatkan orang ramai khususnya lelaki agar makan berpada-pada. Bagi peminatnya, Bob Kuman boleh dihubungi melalui laman sosial Twitter.

Selain kesedaran berhubung kesan obesiti pada status kesihatan dan perkembangan psikososial seseorang, berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan gambaran negatif baik wanita mahupun lelaki.

Namun, mereka yang berusaha mendapatkan berat badan idaman dan mengekalkannya sering menemui jalan buntu.

Bob Kuman antara lelaki yang akhirnya sedar obesiti perlu diatasi demi mencapai kesejahteraan hidup.

Pada peringkat awal, gemuk atau obesiti boleh menyebabkan masalah seperti sukar berjalan, sakit belakang, sering keletihan, menjejaskan keadaan kulit dan sesak nafas.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, berat badan berlebihan ini berkecenderungan menjadi lebih teruk dengan ancaman penyakit yang boleh membawa maut.

Pembedahan

Ketika ini terdapat tiga jenis pembedahan obesiti atau bariatrik iaitu Lingkaran Laporoskopik Boleh Ubahsuai (LAGB), pembedahan Sleeve Gastrectomy (SG) dan Pintasan Gastrik (GB).

Walaupun pencegahan adalah jalan terbaik daripada rawatan, kaedah pembedahan ini merupakan khabar gembira buat mereka yang mengalami komplikasi obesiti.

Menurut Pakar Surgeri Am Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Dr. Cha Kar Huei, individu yang ingin melakukan pembedahan bariatrik boleh memilih salah satu daripada tiga kaedah tersebut.

Namun bukan semua orang yang berbadan besar boleh melakukannya kerana mereka perlu mempunyai indeks Jisim Badan ( BMI ) melebihi 40 atau 35.

“Pilihan pembedahan bariatik merupakan rawatan bagi golongan obesiti menurunkan berat badan berperingkat-peringkat dengan dikawal pakar perubatan. Mereka yang boleh melakukan pembedahan ini telah mencuba pelbagai kaedah menurunkan berat badan tapi tidak berjaya.

``Seperti pembedahan penyakit lain, pesakit membuat rawatan susulan, mengubah gaya hidup seperti berdiet, bersenam dan berhenti merokok. Selain itu, mereka perlu mengikuti panduan perubatan secara terperinci,” ujarnya.

Sumber
 
Sponsored Post

IMG_20220304_154949_638.jpg

⛔ Obesiti kanak-kanak bukan sahaja mengundang penyakit dan masalah fizikal malahan tekanan emosi dan psikologi seumur hidup mereka.

Punca obesiti kanak-kanak mungkin berbeza termasuk dilahirkan besar akibat genetik atau ibu menghidap Diabetes tetapi faktor utama tetap berkait rapat dengan gabungan masalah pemakanan dan aktiviti fizikal.

👍 Ibu bapa dan keluarga perlu mengambil berat faktor penyumbang masalah ini dan mula bertindak mengawal berat badan anak mengikut seperti yang disarankan bagi menjamin generasi masa depan yang sihat dan cemerlang.

👉 Dikongsikan langkah-langkah bagi menangani obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
 
Tak boleh di sangkal...
Parents amik mudah...

Tu hakikat sekarang jang
Parent suka bawak anak makan makanan segera
Kalau sekali sekala takpo
Ni macam tiap² hari pun ado
Mau tak gomuk budak tu

Eh2....
Mcm ckp dpan cermin lak...
Hahahah...
Tapi den bukan selalu...
Heheeh...
 
IMG_20220304_233122_700.jpg

🟡Obesiti didefinasikan sebagai pengumpulan lemak yang berlebihan pada tubuh dan ianya merupakan salah satu faktor risiko utama kepada pelbagai penyakit seperti Diabetis, hipertensi dan serangan jantung. Individu obes juga lebih berisiko mendapat gejala teruk COVID-19.

💪 Dikongsikan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan obesiti.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register