jaws_am
CG Top Poster Club


- Messages
- 29,959
- Joined
- May 29, 2008
- Messages
- 29,959
- Reaction score
- 12,420
- Points
- 631
Mindset pun betul jugak....kita kan orang melayu, pastu beragama islam pulak.....dah memang tertanam dalam pemikiran kita yang hidup ni tak kekal. Setiap kali khutbah jumaat kita diingatkan oleh khatib, "bahawa dunia ini hanyalah tempat tumpangan sementara, akhirat jualah yang kekal selamanya" ..
Oleh itu, kita pun nak hidup sederhana je lah. Dan majoriti orang melayu akan memilih kampung, atau suasana kekampungan apabila tua. Takde yang nak duduk di bandar. Kalau himpun duit pun, ada matlamatnya iaitu nak pergi haji.
Itu yang biasa kita jumpa. Berlainan pula dengan orang belum/bukan islam. Dorang memang kejar dunia ni tak ingat. Kejar duit berkoyan-koyan. Kumpul harta, tanah, kereta, emas dan macam-macam lagi. So, tidak lah pelik kenapa kebanyakkan orang melayu tak kaya sangat.
Cuma cheq berharap la kerajaan Malaysia boleh bagi satu lot tapak rumah untuk setiap orang melayu. Kalau tak fikir pasal ni, kebanyakkan orang melayu boleh merempat dalam negara sendiri. Buat rumah atau tidak itu perkara nombor dua. yang penting, tanah untuk tapak rumah.
ala sama sahaja..
umno dah buat macam2 untuk orang melayu..
tapi orang melayu semuanya dengan mindset sama..
duit yg ada nih semua bukan boleh bawa mati..
harta2 nih bukan boleh bawa masuk kubur..
klo diberinya tanah2 nih habis dijual..
x dia yang jual.. anak2 cucu dia akan jual..
jual skrng lebih baik dari nanti gaduh adik beradik.. putus hubungan family.. nak faraid pun makan puluh2 tahun..tu belum yang bolot seorang diri..
___
pernah dengar kerajaan bagi peruntukkan untuk baja pertanian ?
orang melayu buat apa ? jual baja tuh kt cina.. bijak x ?
pernah dengar kerajaan sewakan shoplot dgn harga murah kepada melayu2 kampung untuk usahakan bisness ?
orang melayu buat apa.. sewakan shoplot tu kepada orang lain..dengan harga yg lebih mahal.. bijak x ?
fast money, easy money.. term2 yg sesuai untuk orang melayu..
itu x termasuk dengan jual habis tanah2 rizab bumiputra kpd non bumiputra dgn mengikat kontrak bersama lowyer.. tanah bumiputra.. nama owner tanah melayu,tp xda hak terhadap tanah tersebut..
___
is all about the mindset..
aku sendiri dengan mindset sederhana dlm kehidupan.. rasa mcm x perlu nak pakai kereta2 mahal, x perlu nak beli banglo bagai, x perlu usaha untuk jadi jutawan..
mindset aku sendiri set bila jadi jutawan tkot aku lupa diri..jauh diri drpd tuhan..
___
jika diberi peluang sekali pun..
orang melayu x nak gi jauh.. mereka prefer untuk kekal sederhana..apa yg ada sudah memadai..
penah dengar orang melayu dengan mindset kerja goverment menjamin masa depan ?
mindset sederhana la tu..
kalau bagi duit rm1000 untuk running bisness.. orang melayu cuma guna rm200 shj untuk bisness selebihnya aku x tahu buat apa..
____
berbeza dgn mindset bkn melayu.. dunia adalah syurga..kena usaha sebaik mungkin..
____
klo tgk komen2 aku nih.. mcm kutuk orang melayu..
tp jgn salah faham.. ianya realiti..
kita terima dan jika kita nak ubah..
buat cara yang betul, ikut kaedah islam..
___
tu aku x cerita lagi macam mana Syed Mokhtar Albukhary boleh jadi jutawan..
adakah goverment semasa pemerintahan tun mahathir x bantu dia ? term kroni sangat sesuai..
tun siap maklum lagi.. kita bantu ramai bumiputra.. namun hanya sedikit shj yang ambil peluang utk berubah..
selebihnya.. kekal (mindset yg sama..)
___
so aku nak tanya orang2 melayu..
korang masih nak salahkan british ke ? atau nak salahkan cina ?
ke nak salahkan diri sendiri atas faktor mindset yg x nak berubah..
jika nak berubah.. kena mula dari skrng.. sebab ianya masih x lewat untuk berubah..
___
perkongsian diatas semuanya atas pendapat sendiri..