combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,163
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,163
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pengerusi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Seri Wong Chun Wai berucap pada majlis SM Mohamed Idris Memorial Lecture 4 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Media dan masyarakat sivil, khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perlu bekerjasama dalam menangani isu berkepentingan bersama seperti kemiskinan dan alam sekitar bagi menjangkau audiens yang lebih luas, kata Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai.
Berucap pada Kuliah Memorial SM Mohamed Idris Ke-4 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini, beliau berkata media dan masyarakat sivil merupakan dua tonggak penting dalam sebuah demokrasi yang sihat.
“Kita (media dan masyarakat sivil) saling bergantung antara satu sama lain dan dalam banyak hal, kita boleh melakukan lebih banyak perkara secara bersama. NGO lazimnya memiliki kepakaran mendalam di peringkat akar umbi dalam isu seperti kemiskinan, alam sekitar, tadbir urus dan pengguna,” katanya dalam kuliah bertajuk ‘‘Penang - The Home of Independent Thinking’, yang menelusuri permulaan masyarakat sivil serta kemunculan surat khabar, pemikir dan aktivis di Pulau Pinang.
Turut hadir ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar USM Prof Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk, Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meenakshi Raman, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader dan Naib Presiden SAM Datuk Seri Dr Anwar Fazal Mohammed.
Wong berkata media, termasuk pengaruh media sosial, mempunyai keupayaan untuk menjangkau audiens massa dan membentuk perbincangan nasional.
Penerima Anugerah Wartawan Negara itu berkata NGO berwibawa seperti CAP dan SAM menyediakan data, testimoni serta konteks yang sahih, manakala media pula menterjemahkan maklumat berkenaan kepada laporan yang mudah difahami dan menarik perhatian umum.
Beliau menyifatkan kedua-dua NGO itu sebagai entiti serius yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, berbeza dengan “sesetengah entiti seorang diri yang mengaku sebagai NGO.”
“Kerjasama antara NGO dan media memastikan isu-isu penting tidak hanya berlegar dalam kalangan pembuat dasar, sebaliknya sampai kepada rakyat dan pembuat keputusan,” katanya.
Wong, yang dilahirkan serta memulakan kerjaya kewartawanannya di Pulau Pinang, turut menzahirkan penghormatan kepada pengasas CAP, Allahyarham SM Mohamed Idris, yang disifatkannya sebagai antara tokoh terpenting dalam sejarah masyarakat sivil negeri itu dan negara.
Media, Masyarakat Sivil Perlu Berkolaborasi Tangani Isu Utama – Pengerusi Bernama
media, masyarakat sivil, Wong Chun Wai, NGO, CAP