BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendekatan Holistik Perlu Bagi Tangani Isu Remaja Hamil Luar Nikah - Pakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pendekatan Holistik Perlu Bagi Tangani Isu Remaja Hamil Luar Nikah - Pakar​

a47f5c63f29e2f9994b9a794f3d552076a4a3019b7fa6

Prof Madya Dr Rajwani Md Zain

Peningkatan kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja menuntut pendekatan secara holistik dan seimbang yang merangkumi aspek pendidikan, pencegahan, sokongan psikososial serta pengukuhan institusi keluarga, demikian menurut pandangan pakar.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Rajwani Md Zain berkata langkah paling berkesan ialah melalui kerjasama pelbagai pihak melibatkan kerajaan, sekolah, keluarga, komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata usaha itu perlu disokong dengan pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif dan hubungan sihat di sekolah, selain memperluas program keibubapaan bagi mengukuhkan komunikasi antara ibu bapa dan anak.

"Akses kepada perkhidmatan kaunseling dan sokongan kesihatan mental yang mesra remaja juga perlu dipertingkat, di samping memperkasakan program pembangunan sahsiah, kemahiran hidup serta literasi digital supaya remaja lebih bijak membuat keputusan.

"Selain itu, kita perlu mengukuhkan kerjasama antara pelbagai agensi bagi mengenal pasti remaja berisiko lebih awal dengan melaksanakan intervensi yang bersesuaian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bahawa isu kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja memerlukan perhatian serius berikutan implikasinya terhadap masa depan golongan itu, institusi keluarga dan kesejahteraan masyarakat.

Nancy berkata berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 21,114 remaja berusia bawah 19 tahun hamil dan tidak berkahwin direkodkan di fasiliti kesihatan kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2024.

Rajwani menjelaskan peningkatan kes itu dipengaruhi pelbagai faktor termasuk kurangnya pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif, pengaruh media sosial yang memudahkan akses kepada kandungan seksual serta tekanan rakan sebaya.

 
Back
Top
Log in Register