BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendekatan Penguatkuasaan Moden, Bersepadu Perlu Bagi Tangani Ancaman Dadah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pendekatan Penguatkuasaan Moden, Bersepadu Perlu Bagi Tangani Ancaman Dadah​

88d02cf04949e92a5715b534a4c64d796a3f565c75e97

a8c8798de5b8f841643d118e5fd399f36a3f566e7c189

Kredit gambar: Erma Idayu Mohd Yusop

Perkembangan teknologi digital kini dimanipulasi sindiket antarabangsa untuk memperluas rangkaian pengedaran dadah melalui platform komunikasi sulit, pasaran gelap digital dan transaksi kewangan tanpa sempadan, sekali gus menjadikan ekosistem jenayah dadah semakin kompleks, bersifat hibrid serta sukar dikesan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata situasi itu menuntut pendekatan penguatkuasaan yang lebih moden, bersepadu dan berasaskan risikan bagi menangani ancaman dadah yang semakin berkembang.

"Ancaman dadah sintetik seperti methamphetamine dan fentanyl turut memberi kesan serius terhadap keselamatan serta kesihatan global kerana mampu menyebabkan ketagihan melampau, gangguan mental dan tingkah laku ganas, selain fentanyl yang boleh membawa maut walaupun dalam dos kecil.

"Perkembangan itu menunjukkan bahawa dadah sintetik bukan lagi isu jenayah semata-mata tetapi ancaman keselamatan manusia yang menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan masa depan generasi," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2026, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Dr Awang Alik Jeman dan sambutan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib serta turut dihadiri Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Daniel Gooi Zi Sen.

Saifuddin Nasution berkata statistik 2025 merekodkan sebanyak 191,832 penyalah guna dan penagih dadah berbanding 192,857 orang pada 2024, iaitu penurunan sebanyak 0.5 peratus namun angka itu masih membimbangkan dan memerlukan tindakan bersepadu semua pihak.

Katanya, trend semasa menunjukkan dadah sintetik jenis amphetamine-type stimulants (ATS) seperti syabu, ekstasi dan pil kuda terus mendominasi penyalahgunaan dadah di negara ini dengan 73,611 individu atau 72.92 peratus daripada keseluruhan kes yang dikesan hingga Mac 2026 membabitkan dadah jenis itu.

"Negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah terus merekodkan kadar penagihan serta penyalahgunaan dadah tertinggi manakala Pulau Pinang berada di kedudukan keenam dengan kadar 757 orang bagi setiap 100,000 penduduk berbanding kadar nasional 560 orang," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Kerajaan MADANI memperkukuh usaha membanteras dadah melalui penggunaan analitik data raya dan kecerdasan buatan (AI) bagi mengenal pasti trend serta kawasan berisiko dengan lebih tepat, disokong perkongsian risikan antara agensi dan pelaksanaan intervensi berasaskan komuniti.

 
Back
Top
Log in Register