combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tangani Penyalahgunaan Dadah Melalui Pendekatan Seimbang, Penguatkuasaan Dan Rawatan
Marhamah Rosli
Usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah di negara ini perlu dilaksanakan menerusi pendekatan yang seimbang dengan menggabungkan penguatkuasaan tegas dan langkah pencegahan berkesan, di samping rawatan serta pemulihan berteraskan nilai kemanusiaan dan kasih sayang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli berkata walaupun Islam secara jelas melarang penyalahgunaan dadah kerana kemudaratan yang dibawanya kepada individu, keluarga dan masyarakat, golongan yang terjebak dengan ketagihan tidak seharusnya terus dihukum atau dilabel secara negatif.
“Sebab itu penting untuk kita melihat ‘muka surat’ orang lain agar dapat memahami realiti dan penderitaan mereka yang bergelut dengan kebergantungan dadah, terutamanya jika kita sendiri tidak diuji dengan ujian seperti itu.
“Kita memerlukan satu penyelesaian yang seimbang berasaskan konsep ‘wasatiyyah’, iaitu tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu longgar menghukum,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Kepulihan Kebangsaan 2.0 di sini hari ini.
Beliau turut berkongsi kesedaran peribadi yang diperoleh selepas mendengar perkongsian seorang bekas penagih dadah yang hadir pada majlis berkenaan.
“Saya mendengar perkongsian seorang peserta yang selama 15 tahun memerangi dadah, sehinggakan tidak solat, tidak puasa dan tidak mempedulikan sambutan hari raya. Betapa dahsyatnya penangan dadah itu. Jika kita hanya melihat dari sudut pandang kita, sampai bila-bila kita tidak akan mencapai rahmat dalam menyantuni masyarakat,” katanya.
Pada majlis itu, Marhamah turut melancarkan Kertas Dasar bertajuk “Ke Arah Polisi Dadah Berteraskan Rahmah dan Maqasid Syariah: Keperluan Reformasi Dasar Dadah di Malaysia”.
Kertas dasar itu diterbitkan hasil kerjasama antara Pertubuhan IKRAM Malaysia, Program Dasar Dadah Malaysia, Yayasan AIDS Malaysia, Majlis Penggunaan Bahan Terlarang Malaysia serta pelbagai rakan strategik.
Antara cadangan utama yang diketengahkan dalam kertas dasar itu adalah mekanisme pengalihan kes daripada sistem jenayah kepada sistem rawatan, pendekatan keadilan restoratif, program pembangunan kerohanian serta sistem rujukan bersepadu antara agensi.