combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
AHMM Ke-17: Malaysia Ketengah Pendekatan Praktikal Tangani NCD Melalui "Mai Kurang"
Antara produk yang dipamerkan di reruai kesihatan yang diadakan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan di sebuah hotel hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Malaysia berkongsi inisiatif “Mai Kurang” yang menggalakkan pengurangan gula, garam dan kalori sebagai pendekatan praktikal negara dalam menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) di peringkat ASEAN.
Inisiatif berkenaan diketengahkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan di sini, sekali gus mencerminkan usaha Malaysia menterjemahkan agenda pencegahan NCD kepada langkah yang mudah dilaksanakan dalam kehidupan seharian masyarakat.
Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Noraryana Hassan berkata inisiatif oleh Bahagian Pemakanan itu selaras dengan fokus Kluster Satu ASEAN.
“Kluster satu ini melihat kepada aspek gaya hidup dan NCD. Jadi ‘Mai Kurang’ adalah satu daripada cara untuk menangani NCD di dalam ASEAN,” katanya kepada Bernama di reruai yang diadakan bersempena dengan mesyuarat berkenaan di sini hari ini.
Dr Noraryana berkata inisiatif itu turut mendapat perhatian wakil negara anggota ASEAN dan negara luar yang mengunjungi reruai Malaysia, termasuk pertanyaan mengenai kaedah pelaksanaan dan pendekatan yang digunakan.
Beliau berkata “Mai Kurang” menumpukan kepada penyediaan hidangan dengan kriteria tidak melebihi 500 kilokalori, 600 miligram garam dan 12.5 gram gula, sebagai usaha mengawal pengambilan ketiga-tiga komponen itu dalam pemakanan harian.
Jelasnya, usaha itu turut dilaksanakan menerusi penerbitan buku resipi “Mai Kurang Garam Gula Kalori” terbitan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) serta mesin layan diri dengan unit pertama akan ditempatkan di fasiliti KKM.
Mesin layan diri itu bakal menawarkan 70 peratus pilihan makanan menggunakan resipi “Mai Kurang”, manakala baki 30 peratus terdiri daripada resipi biasa.