BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AHMM Ke-17: Mentari Malaysia Ketengah Model Rawatan Kesihatan Mental Berasaskan Komuniti

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

AHMM Ke-17: Mentari Malaysia Ketengah Model Rawatan Kesihatan Mental Berasaskan Komuniti​

5726a5cbca5852a2cd552c8141d5e6e36aa138a84f44b

379bdc1e1eacda98965c9d22ac364b306aa138c43c1ff

Pegawai Perubatan Mentari Malaysia (MENTARI) Hospital Selayang, Dr Mohamad Hafiz Zulkifli memberikan penerangan kepada pengunjung di reruai MENTARI sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 di sebuah hotel di sini, hari ini. Mohamad Hafiz berkata perkhidmatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) itu memberi fokus kepada pemulihan serta pengintegrasian semula pesakit ke dalam masyarakat sebagai pendekatan utama. Katanya, sebanyak 40 pusat MENTARI kini beroperasi di seluruh negara dan jumlah itu dijangka terus diperluas pada masa hadapan. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia mengetengahkan model rawatan kesihatan mental berasaskan komuniti menerusi program Mentari Malaysia (Mentari) sebagai contoh pendekatan negara memperkukuh sistem kesihatan yang lebih inklusif, mudah diakses dan berorientasikan pemulihan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 di sini hari ini.

Pegawai Perubatan Mentari Hospital Selayang Dr Mohamad Hafiz Zulkifli berkata program yang diperkenalkan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) itu bertujuan mengalihkan fokus rawatan daripada penempatan berasaskan hospital kepada pencegahan dan pemulihan berasaskan komuniti.

Beliau berkata pendekatan Mentari bukan sahaja menyediakan akses rawatan yang lebih mudah kepada orang ramai serta memberi tumpuan kepada rawatan penyakit mental pada peringkat awal, malah merangkumi rehabilitasi berasaskan pekerjaan bagi membantu pesakit kembali berdikari dan berfungsi dalam komuniti.

“Sebelum ini pesakit sering ditempatkan di institusi dalam tempoh yang lama. Kini, kita mahu mereka tinggal bersama-sama keluarga dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Bila kita beri ubat sahaja, ia mungkin tidak mencukupi untuk membantu pesakit kembali pulih. Jadi, kita terapkan aspek pemulihan lain supaya mereka boleh kembali ke pangkuan masyarakat,” katanya ketika ditemui di reruai Mentari bersempena dengan AHMM ke-17 di sini.

Beliau berkata program yang menyasarkan golongan berusia 18 hingga 60 tahun itu setakat ini mempunyai 40 pusat yang beroperasi di seluruh negara dan jumlah itu dijangka terus diperluas pada masa hadapan.

Mohamad Hafiz berkata Malaysia turut memanfaatkan teknologi digital bagi memperkukuh saringan dan intervensi awal apabila orang ramai boleh menjalani saringan awal kesihatan mental secara dalam talian, sekali gus membantu mengenal pasti individu berisiko sebelum keadaan menjadi lebih serius.

“Bagaimanapun, saringan itu bukan diagnosis. Individu yang dikenal pasti berisiko akan dirujuk kepada pegawai kesihatan atau pakar berkaitan untuk penilaian dan rawatan selanjutnya,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register