BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AHMM Ke-17: Malaysia Ketengah Pendekatan Praktikal Tangani NCD Melalui "Mai Kurang"

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

AHMM Ke-17: Malaysia Ketengah Pendekatan Praktikal Tangani NCD Melalui "Mai Kurang"​

4115686f7e43d0a559e99f15e0fc07896aa155c43062c

a081438b1b913ed0c9d632aace2a88ca6aa155d23e3e1

93c083ffb799b65fd439a0095c66c3a86aa155fd1a182

c9429be4cd6ebf708fd41d562fbbe4c66aa1564486a76

Antara produk yang dipamerkan di reruai kesihatan yang diadakan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan di sebuah hotel hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia berkongsi inisiatif “Mai Kurang” yang menggalakkan pengurangan gula, garam dan kalori sebagai pendekatan praktikal negara dalam menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) di peringkat ASEAN.

Inisiatif berkenaan diketengahkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan di sini, sekali gus mencerminkan usaha Malaysia menterjemahkan agenda pencegahan NCD kepada langkah yang mudah dilaksanakan dalam kehidupan seharian masyarakat.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Noraryana Hassan berkata inisiatif oleh Bahagian Pemakanan itu selaras dengan fokus Kluster Satu ASEAN.

“Kluster satu ini melihat kepada aspek gaya hidup dan NCD. Jadi ‘Mai Kurang’ adalah satu daripada cara untuk menangani NCD di dalam ASEAN,” katanya kepada Bernama di reruai yang diadakan bersempena dengan mesyuarat berkenaan di sini hari ini.

Dr Noraryana berkata inisiatif itu turut mendapat perhatian wakil negara anggota ASEAN dan negara luar yang mengunjungi reruai Malaysia, termasuk pertanyaan mengenai kaedah pelaksanaan dan pendekatan yang digunakan.

Beliau berkata “Mai Kurang” menumpukan kepada penyediaan hidangan dengan kriteria tidak melebihi 500 kilokalori, 600 miligram garam dan 12.5 gram gula, sebagai usaha mengawal pengambilan ketiga-tiga komponen itu dalam pemakanan harian.

Jelasnya, usaha itu turut dilaksanakan menerusi penerbitan buku resipi “Mai Kurang Garam Gula Kalori” terbitan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) serta mesin layan diri dengan unit pertama akan ditempatkan di fasiliti KKM.

Mesin layan diri itu bakal menawarkan 70 peratus pilihan makanan menggunakan resipi “Mai Kurang”, manakala baki 30 peratus terdiri daripada resipi biasa.

 
Back
Top
Log in Register