Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,766
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,766
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kini berdepan dengan cabaran yang semakin kompleks dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah susulan kemunculan bahan psikoaktif baharu serta peningkatan ketara penggunaan dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) dalam kalangan remaja dan belia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata cabaran ini memerlukan pendekatan lebih menyeluruh dan bersepadu merangkumi aspek pendidikan, kesedaran awam, rawatan, pemulihan serta pemerkasaan komuniti tempatan.
"Statistik terkini sehingga Mac 2025 menunjukkan sebanyak 108,409 penagih dadah atau penyalahgunaan bahan terlarang dikesan di seluruh negara, iaitu penurunan sebanyak 10.5 peratus berbanding 121,170 kes bagi tempoh sama pada 2024.
“Di Kelantan pula, data menunjukkan penurunan sebanyak 5.4 peratus iaitu 11,280 orang berbanding 11,928 penagih dadah serta bahan terlarang bagi tempoh sama tahun sebelumnya," katanya pada sidang media selepas Program Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama AADK dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), di sini malam tadi.
Shamsul Anuar berkata kadar penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang di Kelantan adalah sebanyak 597 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding 632 orang bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata kategori dadah utama di Kelantan adalah jenis ATS dengan 89.3 peratus atau 10,071 orang bagi tempoh hingga Mac 2025 manakala jenis kedua tertinggi ialah Opiat iaitu 6.8 peratus daripada jumlah keseluruhan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang di negeri itu.
Shamsul Anuar berkata trend menurun ini adalah hasil langkah pencegahan bersasar dan meluas oleh AADK termasuk penutupan ‘lubang tikus’ yang menjadi laluan haram aktiviti penyeludupan dadah dan bahan terlarang oleh PDRM khususnya di kawasan sempadan negara di Kelantan.
“Melalui data ini, ia menunjukkan perkembangan positif bagi tempoh suku pertama tahun ini. Namun begitu, kita tidak boleh selesa kerana masih terlalu awal untuk menganggap situasi penagihan dadah dan bahan terlarang berada dalam keadaan terkawal sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata isu penyalahgunaan dadah bukan lagi ancaman biasa tetapi telah menjadi krisis sosial dan kesihatan awam yang kian meruncing,
AADK Perlu Pendekatan Bersepadu Tangani Ancaman Dadah Baharu
KDN, dadah, AADK, pendekatan, cabaran