BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Remaja Hamil Luar Nikah Perlu Ditangani Menerusi Sokongan, Perlindungan - Fadhlina

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,767
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,767
Reaction score
289
Points
146

Isu Remaja Hamil Luar Nikah Perlu Ditangani Menerusi Sokongan, Perlindungan - Fadhlina​

0be345c8e3001c38af9e9fd5d5d6d42f66c324df0d962

Fadhlina Sidek

Remaja perempuan yang terlibat dalam kehamilan luar nikah akan terus dibantu bagi memastikan mereka kembali ke sekolah serta mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata peluang sewajarnya harus diberikan kepada golongan itu untuk menyambung pelajaran bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pendidikan.

“Mereka harus kembali menyambung pendidikan mereka selepas habis pantang. Bab ini saya sangat tegas. Tidak boleh ambil jalan mudah dalam hidup kerana pendidikan ialah kunci untuk keluar daripada kitaran keganasan dan kembali menjadi insan.

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) biasanya akan membantu anak-anak ini kembali ke sekolah dan memastikan mereka mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa keciciran pendidikan,” katanya dalam hantaran melalui Facebook.

Fadhlina menegaskan isu kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja perlu ditangani menerusi pendekatan berasaskan sokongan, perlindungan dan pendidikan bagi memastikan kebajikan ibu serta anak terus terpelihara.

Beliau berkata sebaik mengetahui mengenai kehamilan itu, remaja berkenaan perlu dibawa ke pusat kesihatan atau klinik desa berhampiran untuk membuka buku rekod kesihatan ibu mengandung  (buku pink).

“Fokus kepada kandungan dan kesihatan anak gadis ini terlebih dahulu. Lebih muda usia anak-anak ini, lebih kritikal kandungan dan kesihatan mereka. Semua sistem perkhidmatan kesihatan kerajaan bersedia dan mempunyai kepakaran ini,” katanya.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar membuat laporan polis serta membawa anak gadis mereka bertemu kaunselor dengan segera bagi membolehkan remaja berkenaan berkongsi kisah sebenar untuk membuat tindakan lanjut.

Terdahulu, Fadhlina berkongsi mengenai laporan media berhubung kes seorang ibu muda yang mengaku bersalah menyebabkan kematian bayinya di Johor semalam.

 
Back
Top
Log in Register