BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bernama Perlu Memimpin Transformasi Media, Kekal Jadi Rujukan Utama Rakyat – KPE

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
f6610ddcef7dd5da8f938b5e48fa1961696080a89edf8

fa36bfaaa39e1c1100f0af502f9dc024696080ea59711

ea82e2c8fc63c9bb76bf4b4a90cd5193696080f739b27

Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu terus memimpin transformasi media dalam landskap kewartawanan yang semakin mencabar, sejajar dengan kemajuan teknologi dan perubahan corak penggunaan berita oleh audiens, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Beliau berkata Bernama bukan sekadar perlu menyesuaikan diri dengan perubahan, sebaliknya mesti kekal sebagai institusi media nasional yang berwibawa dengan menyampaikan maklumat yang tepat, berimbang dan bertanggungjawab kepada rakyat.

Menurut Nur-ul Afida, sedar atau tidak, landskap komunikasi awam kini semakin kompleks, terutama kepantasan penyebaran maklumat, peningkatan risiko maklumat palsu serta perubahan corak penggunaan berita menuntut pendekatan komunikasi kerajaan yang lebih strategik, sepadu dan berasaskan kepercayaan.

“Dalam konteks ini, peranan Bernama sebagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi bukan sahaja sebagai penyampai berita dan kandungan, sebaliknya menjadi teras utama jentera komunikasi negara yang signifikan.

“Kita perlu menampilkan komunikasi yang berkesan, sebagai contoh menjelaskan keadaan sebenar negara kepada rakyat termasuk tentang inisiatif dan insentif yang kerajaan sediakan untuk rakyat,” katanya  ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Tahun Baharu 2026 di Wisma Bernama hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan Sharifah Zaini Syed Zain, Ketua Jabatan Komersil Mastura Hassan dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak.

Nur-ul Afida berkata warga Bernama adalah ‘embodiment’ yang membawa suara institusi untuk menyampaikan mesej kerajaan secara berfakta dan menjadi jambatan antara kerajaan serta rakyat.

Beliau berkata sebagai jentera komunikasi negara, Bernama perlu berfungsi dengan lebih proaktif, berpandangan jauh dan selari dengan keperluan rakyat serta aspirasi negara.

Nur-ul Afida turut meminta warga Bernama untuk terus menjadi rujukan utama yang menyampaikan dasar, inisiatif dan naratif nasional secara jelas, konsisten dan berfakta.

 
Back
Top
Log in Register