BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencapaian Petugas Wanita Bernama Pacu Perubahan, Kecemerlangan - KPE Bernama

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
e26318a7e450555ecf6c959f7df482b369ae706802627

4e917a549cbfbe6ee41f906b542b0c8069ae7052cf3dc

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin bergambar bersama ahli-ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) sempena sambutan Hari Wanita Sedunia Benita di Wisma Bernama hari ini.

Pencapaian cemerlang petugas wanita di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) membuktikan bahawa golongan itu merupakan penggerak utama yang berupaya memacu kecemerlangan agensi berita nasional tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin berkata penglibatan wanita dalam pelbagai bidang termasuk kewartawanan, penyiaran, kewangan, teknikal, dan pengurusan menunjukkan mereka bukan sahaja tenaga kerja berdedikasi, tetapi pemimpin yang mampu mencorak masa depan organisasi.

“(Petugas) Wanita di Bernama telah membuktikan keupayaan mereka bukan sahaja sebagai tenaga kerja yang berdedikasi, malah sebagai pemimpin, pencetus idea, dan penggerak perubahan.

“Kejayaan ini jelas menunjukkan mereka mempunyai potensi besar untuk terus melangkah ke hadapan dan memainkan peranan yang lebih signifikan buat agensi,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Wanita 2026, anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita), di Wisma Bernama, hari ini.

Turut hadir Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson, Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan Sharifah Zaini Syed Zain, Ketua Jabatan Komersil Mastura Hassan serta barisan pimpinan tertinggi BENITA.

Beliau berkata perkara itu jelas dibuktikan apabila bilangan petugas wanita mencecah 450 orang daripada keseluruhan 975 kakitangan Bernama ketika ini, sekali gus membuktikan peranan wanita yang signifikan dalam agensi itu.

“Kita boleh kata bilangan kita hampir seimbang tetapi apa yang saya ingin fokuskan adalah seramai 300 orang daripada kita berada dalam kategori pengurusan dan profesional,” katanya.

Nur-ul Afida berkata Bernama sentiasa komited dalam mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif dan progresif bagi menyokong pembangunan kerjaya wanita.

“Kita percaya apabila wanita diberi peluang yang hadir untuk mengembangkan lagi peranan dan skill  (kemahiran) masing-masing, Bernama akan menjadi lebih kukuh, lebih inovatif dan berdaya saing," katanya.

 
Back
Top
Log in Register