Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Bernama Rai 59 Tahun Kecemerlangan Kewartawanan, Melangkah Ke Era Digital
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) meraikan ulang tahun ke-59 hari ini, menandakan hampir enam dekad transformasi daripada sebuah agensi berita tradisional kepada organisasi multimedia unggul yang menerajui kewartawanan digital dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967, agensi berkenaan terus berkembang pesat dan kini menyampaikan berita sahih melalui ekosistem komprehensif yang merangkumi platform digital, Bernama Radio, Bernama TV serta rangkaian media sosial.
Editor Projek Khas Bernama M. Govind Nair berkata pengembangan berkenaan mencerminkan keupayaan agensi terbabit untuk menyesuaikan dengan perubahan landskap media, di samping terus kekal sebagai tonggak penting dalam ekosistem penyampaian maklumat Malaysia.
“Bernama telah berkembang daripada sebuah agensi berita konvensional kepada organisasi multimedia meliputi kewartawanan digital, penyiaran serta operasi bilik berita yang dibantu penggunaan teknologi AI.
“Ia (Bernama) kekal sebagai sumber berita yang dipercayai serta seimbang untuk orang awam, agensi kerajaan serta komuniti antarabangsa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Govind Nair yang telah berkhidmat dengan Bernama selama lebih 45 tahun berkata walaupun aliran maklumat semakin pantas pada era media sosial, agensi berkenaan tidak pernah berkompromi terhadap prinsip terasnya iaitu pengesahan fakta, keadilan dan keseimbangan dalam pelaporan berita.
Beliau berkata meskipun nilai kewartawanan kini diuji oleh tekanan komersial serta persaingan untuk menyampaikan berita dengan pantas, kredibiliti Bernama kekal menjadi kekuatan utamanya yang berasaskan reputasi profesionalisme dan bukannya kepantasan semata-mata.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihati golongan wartawan muda Bernama agar sentiasa memiliki sikap ingin tahu dan bersedia menyesuaikan diri dengan teknologi baharu seperti AI.
Bernama Rai 59 Tahun Kecemerlangan Kewartawanan, Melangkah Ke Era Digital
Bernama, ulang tahun, berita, digital, AI