BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bernama Terus Unggul, Relevan Depani Era Digital - Fahmi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,768
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,768
Reaction score
289
Points
146

Bernama Terus Unggul, Relevan Depani Era Digital - Fahmi​

a5537233de4ab77f9deeb56f97c8cbca6a0d394c43c7e


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berharap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kekal unggul sebagai agensi berita nasional yang disegani serta sentiasa relevan dalam mendepani cabaran era digital.

Fahmi berkata selepas hampir enam dekad memainkan peranan sebagai nadi penyampaian maklumat negara, Bernama tetap teguh sebagai sumber berita yang diyakini rakyat berteraskan ketepatan, kredibiliti dan integriti seluruh warga kerjanya.

Beliau turut mendoakan agar Bernama terus cemerlang menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara sempena sambutan ulang tahun ke-59 agensi berita itu, hari ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Bernama atas komitmen, dedikasi serta profesionalisme dalam menyampaikan laporan yang pantas, tepat dan berwibawa sejak tahun 1967.

“Selamat Ulang Tahun ke-59, Bernama!,” kata Fahmi menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Bernama ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968 dengan perkhidmatan teks berita sebelum berkembang kepada perkhidmatan foto, radio, televisyen dan media digital.

Agensi berita itu kini mempunyai 967 petugas terdiri daripada warga kerja tetap, kontrak dan sambilan.

 
Back
Top
Log in Register