BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semakan Ketat Benteng Media Arus Perdana Kekal Relevan Di Era Digital

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Semakan Ketat Benteng Media Arus Perdana Kekal Relevan Di Era Digital​

e6e643be17c8fa379241b370a2beff146a2b7aed10889

Gambar Fail

Struktur editorial berasaskan semakan ketat, pengesahan fakta dan pematuhan etika kewartawanan adalah benteng utama membezakan organisasi media profesional dengan kandungan wartawan warga (citizen journalist) yang tidak melalui proses semakan yang setara.

Penerbit Eksekutif Kanan dan Penyampai Berita Media Prima Berhad Mior Abdul Malek Raiyani berkata kepercayaan masyarakat terhadap media arus perdana kekal tinggi kerana peranannya sebagai platform pengesahan maklumat di tengah-tengah lambakan kandungan yang tidak ditapis di media sosial.

Namun, beliau mengakui media tradisional kini berdepan cabaran besar mengejar kepantasan media sosial, namun aspek ketepatan dan akauntabiliti tidak boleh dikompromi demi mempertahankan integriti sesebuah jenama berita.

"Struktur kepercayaan dalam kalangan khalayak penonton ataupun pengikut kita ialah keyakinan terhadap struktur editorial. Sebab kita melalui lapisan demi lapisan daripada sumber di lapangan, wartawan menulis berita, disemak semula oleh pengarang di pejabat dan ketua pengarang semak balik kalau berita-berita yang penting.

"Ini adalah satu bentuk akauntabiliti jelas untuk membuktikan bahawa berita yang kita tawarkan kepada penonton adalah betul-betul credible. Betul kadang-kadang mereka lebih cepat, tapi cabarannya adakah itu tepat? Kehilangan kepercayaan daripada khalayak adalah bencana paling besar kepada satu-satu agensi media," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk Media Berintegriti, Nadi Kepercayaan Rakyat terbitan Bernama TV malam tadi yang turut menampilkan Editor Kanan dan Pengacara Kanan Astro Awani Nazri Kahar selaku panelis jemputan secara dalam talian.

Mengulas lanjut mengenai transformasi bilik berita, Nazri berkata organisasi media arus perdana perlu mengamalkan pendekatan Digital First dan mentakrifkan semula konsep waktu perdana agar kekal kompetitif.

Menurutnya, bilik berita kini tidak lagi terikat kepada ruang fizikal sebaliknya dinamik di lokasi kejadian yang menuntut wartawan di lapangan bertindak tangkas tanpa mengetepikan kod etika kewartawanan serta peraturan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

 
Back
Top
Log in Register