BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beca Kota Bharu Berdepan Cabaran Kekal Relevan Dalam Arus Pemodenan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
b7a59e6c23a9eb118126b7909fca4a0b6986992b1553f

Che Udi Che Pa

Beca yang pernah menjadi pengangkutan utama di bandar Kota Bharu kini berhadapan cabaran untuk kekal relevan dalam arus pemodenan meskipun masih mempunyai nilai warisan budaya serta produk pelancongan negeri.

Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Berlesen Negeri Kelantan (3PK) Wan Saipul Azwal Wan Muhammad berkata ketiadaan kemudahan asas dilihat antara faktor yang menyukarkan pelancong mendapatkan perkhidmatan beca, sekali gus menjejaskan kelangsungan kerjaya penarik beca tradisional.

Wan Saipul Azwal berkata kerajaan negeri perlu menyediakan stesen khas dan papan tanda khusus di sekitar bandar Kota Bharu.

Beliau berkata ketiadaan lokasi menunggu khusus bagi penumpang awam ketika ini menyukarkan pelancong untuk mengenal pasti kewujudan perkhidmatan itu walaupun permintaan masih ada.

“Pelanggan mungkin berminat untuk menggunakan beca bagi tujuan meronda sekitar bandar tetapi tidak tahu di mana hendak mendapatkannya. Tiada nombor khusus atau pusat rujukan untuk dihubungi,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Wan Saipul Azwal berkata ketika ini beca hanya terdapat di sekitar Pintu Dua Pasar Siti Khadijah dan lebih banyak digunakan untuk mengangkut barangan peniaga berbanding membawa penumpang awam.

Beliau berkata pihaknya telah beberapa kali mengemukakan cadangan kepada pihak berkaitan supaya diwujudkan stesen menunggu beca serta papan tanda khas di lokasi tumpuan pelancong.

“Sekiranya terdapat stesen menunggu, pengayuh beca boleh beroperasi secara lebih tersusun dan sah, selain memudahkan pelancong tempatan serta luar mendapatkan perkhidmatan ini,” katanya.

Wan Saipul Azwal turut mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan kadar tambang dan pakej khas beca sebagai produk pelancongan, seiring dengan amalan di beberapa negeri lain.

 
Boleh promo tagline “ bandar tanpa kuil haram”
 
Back
Top
Log in Register