BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gerakan Koperasi Sabah Perlu Berani Melangkah Ke Era Digital - Ramanan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,196
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,196
Reaction score
346
Points
141
4afbadecc0c50a91815899d69c3c40896830b90ef1e83

Datuk Seri R. Ramanan

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan menyeru gerakan koperasi di Sabah agar berani beralih ke arah pendigitalan bagi memastikan kelangsungan dan keupayaan bersaing dalam landskap ekonomi masa kini.

Beliau berkata koperasi tidak lagi boleh bergantung kepada pendekatan tradisional, sebaliknya perlu menyesuaikan diri dengan teknologi serta inovasi baharu yang menjadi pemacu utama ekonomi dunia masa kini.

“Pendigitalan bukan lagi sekadar pilihan, tetapi merupakan satu keperluan mutlak bagi menentukan kelangsungan dan keupayaan koperasi untuk bersaing.

“Tanpa perubahan ke arah digital, kita bukan sahaja berisiko untuk ketinggalan, tetapi mungkin terpinggir daripada arus perdana pembangunan ekonomi moden,” katanya.

Menurut hantaran Facebook rasminya, Ramanan berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Ilmu anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang menghimpunkan hampir 200 ahli koperasi dari seluruh Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata sambutan yang menggalakkan terhadap program berkenaan mencerminkan tekad bersama ahli-ahli koperasi di Sabah untuk memperkukuh gerakan mereka dalam menghadapi cabaran semasa.

“Perubahan besar hanya akan berlaku apabila ada keberanian untuk mencuba dan kesediaan untuk berkembang,” katanya.

Beliau turut menegaskan usaha memperkasakan sektor koperasi di Sabah memerlukan sokongan dan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri, khususnya dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat dirasai rakyat di peringkat akar umbi.

Ramanan berkata prestasi gerakan koperasi di Sabah sehingga 31 Dis 2024 menunjukkan perkembangan positif dengan 1,994 koperasi berdaftar melibatkan 375,559 anggota.

 
Back
Top
Log in Register