BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KUSKOP Gubal Akta Koperasi Baharu Perkukuh Gerakan Koperasi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KUSKOP Gubal Akta Koperasi Baharu Perkukuh Gerakan Koperasi​

420f7f5795859c327a6bf2f7c760d98f6a48cb0dd45bb

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Steven Sim (tiga, kanan) merasmikan Hari Koperasi Negara (HKN) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Butterworth Arena hari ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Ahmad Norihan Jalal (dua, kanan), Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud (dua, kiri), Ketua Pegawai Eksekutif SKM Noor Afifah Abdul Razak (kiri) dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah (kanan).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menggubal Akta Koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 sebagai usaha mereformasi pentadbiran gerakan koperasi di Malaysia.

Menteri berkenaan Steven Sim berkata akta baharu itu akan memberikan lebih fleksibiliti kepada koperasi yang memenuhi syarat untuk membuat pelaburan tanpa perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), di samping mengekalkan mekanisme kawal selia bagi melindungi kepentingan ahli.

“Kini, kita dalam proses untuk merangka dan menggubal Akta Koperasi yang baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 yang lama. Antara tujuan penggubalan akta ini secara substantifnya, untuk mereformasi dan memperbaharu pentadbiran koperasi-koperasi di Malaysia.

“Contohnya, untuk memudah cara perniagaan koperasi, kriteria, syarat dan proses pelaburan, dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Koperasi Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di PICCA@Butterworth Arena, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi SKM Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Pada masa sama, Sim turut mengumumkan dua reformasi utama bagi sektor Ar-Rahnu koperasi yang akan berkuat kuasa mulai September ini bagi menjadikan perkhidmatan pajak gadai Islam itu lebih telus, berdaya saing dan mesra pengguna.

Beliau berkata di bawah reformasi pertama, fi dan caj sebanyak 2.5 peratus ke atas nilai marhun akan dimansuhkan, manakala kadar keuntungan Ar-Rahnu akan diselaraskan hingga satu peratus sebulan bagi ahli koperasi dan hingga dua peratus sebulan bagi pelanggan bukan ahli.

Reformasi kedua pula, katanya, membolehkan koperasi yang menjalankan perkhidmatan Ar-Rahnu melaksanakan lelongan barangan pajakan secara tender sebagai alternatif kepada kaedah lelongan awam dan e-lelong, yang dijangka meningkatkan ketelusan, mengurangkan kos pelaksanaan serta mewujudkan proses yang lebih fleksibel dan berdaya saing.

“Sama ada dari segi penggubalan akta baharu ataupun pengurangan kos, pemansuhan fi dan sebagainya, langkah ini juga sebahagian daripada usaha KUSKOP untuk membantu gerakan koperasi menambah baik proses birokrasi dan menambah baik keadaan mereka untuk membuat perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Sim berkata sektor koperasi negara terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan apabila perolehan perniagaannya meningkat hampir 20 peratus kepada hampir RM82 bilion pada 2025 berbanding RM68 bilion pada tahun sebelumnya.

 
Back
Top
Log in Register