combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
SKM, KUSKOP Diminta Percepat Kelulusan Dana Koperasi
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Steven Sim
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) diminta mempercepat proses kelulusan permohonan dana koperasi, dengan sasaran permohonan yang memenuhi syarat dapat diluluskan dalam tempoh seminggu.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata langkah itu penting bagi memastikan peruntukan yang disediakan kerajaan dapat dimanfaatkan segera oleh koperasi untuk mengembangkan perniagaan dan memperkukuh sumbangan sektor tersebut kepada ekonomi negara.
“Saya minta SKM dan KUSKOP apabila orang sudah buat permohonan, jangan tunggu (sehingga) berbulan-bulan dan jangan tunggu berminggu-minggu.
“Kalau boleh, dalam masa satu minggu, kita bagi kelulusan permohonan yang diminta koperasi,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di PICCA @ Butterworth Arena, di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi SKM Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.
Sim berkata permohonan yang memenuhi syarat serta mempunyai dokumen lengkap tidak seharusnya dilengah-lengahkan kerana penyaluran dana yang pantas akan membolehkan lebih banyak koperasi memperluas operasi masing-masing.
Beliau berkata KUSKOP melalui SKM memperuntukkan RM254 juta kepada gerakan koperasi tahun ini, iaitu jumlah terbesar dalam sejarah setakat ini, dengan RM53 juta telah diluluskan kepada beberapa koperasi di seluruh negara.
Sim turut menggesa koperasi lebih aktif memohon dana yang disediakan kerana peruntukan itu diwujudkan untuk dimanfaatkan bagi memperkasakan sektor berkenaan dan bukan untuk disimpan.
Berhubung perkembangan gerakan koperasi, beliau berkata sehingga hujung tahun lepas, Malaysia mempunyai lebih 16,000 koperasi berdaftar dengan hampir 7.3 juta anggota.