combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan bantuan dan sumbangan berjumlah RM1.03 juta untuk memperkukuh peranan koperasi di Pulau Pinang sebagai pemacu ekonomi rakyat.
Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata bantuan yang disalurkan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu bertujuan merancakkam aktiviti ekonomi koperasi serta meningkatkan keupayaan menjana pendapatan dalam kalangan anggota.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan usahawan kecil dan sederhana (PKS), saya sedar kerajaan perlu bertindak pantas dalam mendepani cabaran geopolitik dunia yang tidak menentu ketika ini.
"Konflik di Ukraine, Gaza serta ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran sudah tentu memberi kesan kepada kita. Oleh itu, kementerian telah mengumumkan pelbagai dana dan pembiayaan khusus untuk PKS, penjaja serta peniaga kecil agar mereka terus berdaya saing," katanya ketika berucap pada Program Coop Talk: Menteri dan Komuniti Bukit Mertajam 2026, di sini, hari ini.
Daripada jumlah keseluruhan sumbangan RM1.03 juta yang diumumkan hari ini, sebanyak RM786,420 diperuntukkan di bawah pembiayaan Tabung Modal Pusingan kepada Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.
Selain itu, bantuan Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE) berjumlah RM200,000 turut diberikan kepada Koperasi Kariah Masjid Ibadur Rahman Kepala Batas Pulau Pinang Berhad bagi memperkasa pembangunan ekonomi komuniti.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SKM Puan Noor Afifah Abdul Razak dan Pengarah SKM Cawangan Negeri Pulau Pinang Dr Zainab A Raman.
Pada majlis tersebut, Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam turut menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berbentuk bakul makanan bernilai RM5,000 kepada 50 pelajar asnaf dan pekerja am sekolah.
Selain itu SMK Taman Sejahtera turut menerima sumbangan bernilai RM1,000 beserta dua unit televisyen bagi menyokong kemudahan pembelajaran murid.
KUSKOP Salur Sumbangan RM1.03 Juta Perkukuh Koperasi, Pacu Ekonomi Rakyat P.Pinang
Sumbangan, Steven Sim Chee Keong, KUSKOP, Koperasi