BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Kenal Pasti 15,296 Akaun Palsu Guna Nama Kerabat Diraja - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141
4c5fee5cdaf13fe075d07901a0a157e269fde1fef3f85

9820c152a0c86ff817a918fe2dc2827e69fde1e054274

Kredit: FB Fahmi Fadzil

Sebanyak 15,296 akaun palsu menggunakan nama 26 kerabat diraja dikenal pasti sepanjang tempoh Januari hingga April tahun ini berdasarkan pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta aduan awam.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata akaun palsu itu turut melibatkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Fahmi berkata perkara itu dipersembahkan kepada Sultan Selangor semasa beliau menghadap baginda bagi menyembah maklum laporan terkini berkaitan penurunan akaun palsu yang melibatkan kerabat diraja hari ini.

“Susulan itu, tindakan permohonan penurunan telah dilaksanakan dan sehingga kini, penyedia platform media sosial telah menurunkan sebanyak 14,750 akaun berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata baginda turut disembah maklum mengenai pelaksanaan sistem pengesahan identiti secara elektronik (e-KYC) sebagai langkah memperkukuh perlindungan kanak-kanak dan keluarga dalam persekitaran digital.

“Patik menjunjung kasih atas pandangan, titah serta nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku berhubung pelbagai isu semasa, khususnya berkaitan penyalahgunaan platform dalam talian dan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) yang mutakhir ini semakin membimbangkan,” katanya.

Fahmi berkata beliau turut mengambil maklum kebimbangan Sultan Selangor terhadap pelbagai isu semasa yang berlegar di media sosial dan kaedah yang digunakan pihak berwajib untuk menanganinya.

 
Back
Top
Log in Register