BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Padam 31 Akaun Palsu Salah Guna Nama NSRC

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
34f0dba5f5b28e8fc28e0e7f6f2599056623a5e85065e


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti dan memadam 31 akaun palsu di Facebook yang menyalahgunakan nama Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

MCMC dalam kenyataan hari ini menegaskan tindakan penyalahgunaan itu bukan sahaja mengelirukan orang ramai, malah menggugat usaha serta fokus NSRC dalam melindungi masyarakat daripada jenayah penipuan dalam talian.

Menurut MCMC, maklumat rasmi mengenai NSRC hanya boleh diperoleh melalui saluran sah agensi penguat kuasa. Orang ramai juga digesa supaya berwaspada dan melaporkan sebarang akaun atau mesej meragukan kepada pihak berkuasa.

“MCMC akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), NSRC dan penyedia platform media sosial bagi mengekang penyebaran akaun serta maklumat palsu demi keselamatan pengguna Internet di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

NSRC ditubuhkan pada 14 Okt 2022 sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian merangkumi pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.

 
Back
Top
Log in Register