BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Siasat Akaun TikTok Palsu Guna AI Fitnah, Hina Agong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Siasat Akaun TikTok Palsu Guna AI Fitnah, Hina Agong​

fb71b6ffda3d4c3e9f9a04f5ee6d555168f221d575e91

Datuk M. Kumar

Polis membuka kertas siasatan berhubung kandungan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi satu akaun TikTok palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman.

“Pada masa ini, siasatan dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mengaibkan seseorang dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan perkhidmatan atau kemudahan aplikasi.

Kumar turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial, khususnya membabitkan isu 3R, iaitu agama, bangsa dan institusi diraja.

“Pihak JSJ tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam, bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan sentiasa terpelihara,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor atau Royal Press Office mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang menghasilkan akaun TikTok palsu bagi memfitnah serta menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Royal Press Office memaklumkan akaun berkenaan memakai nama “Sultan Ibrahim Ismail” dan dikesan menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk menyebarkan kandungan berunsur penghinaan terhadap Seri Paduka Baginda.

 
Back
Top
Log in Register