BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Kenal Pasti Lebih 50 Akaun Sebar Kandungan CIB Berunsur Perkauman - FahmiÂ

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
f46012ad861e08bdb2c927648429176f698ecced35693

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media mingguan Kabinet yang diadakan di Menara Komunikasi hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti lebih 40 akaun Facebook dan hampir 10 akaun TikTok yang terlibat dalam penyebaran kandungan disyaki tingkah laku tidak tulen terselaras (CIB) berunsurkan perkauman dalam tempoh 24 jam.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata satu video bersama naratif sama telah disebarkan secara terselaras yang didakwa melibatkan insiden antara invididu berbangsa India dan Melayu.

“Didapati dalam tempoh 24 jam yang lepas satu berita telah ditularkan yang pada awalnya didakwa melibatkan seorang gangster India yang telah mencederakan tuan tanah Melayu, dan terdapat elemen serta bibit perkauman yang cuba diselitkan.

“Hampir semua daripada hantaran ini menggunakan video sama dengan ayat sama. Proses siasatan berkait sebaran maklumat ini sedang berjalan dan sebarang percubaan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman tidak akan diterima,” katanya.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata demikian pada sidang media pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Semalam, polis mengesahkan insiden dalam video tular memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar motosikal ditunggang seorang lelaki di Kampung Sungai Jernih, Kajang tidak melibatkan unsur gangsterisme atau isu perkauman.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan isu tanah serta laluan lori di kawasan berkenaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 16 saat memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar sebuah motosikal serta terdapat gambar dengan kapsyen mendakwa menerima ugutan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fahmi berkata MCMC telah mengenal pasti 19 akaun dipercayai palsu yang terlibat dalam aktiviti CIB dengan menyebarkan maklumat atau komen tidak sepatutnya sewaktu siaran langsung Parlimen.

 
Back
Top
Log in Register