BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

McDonald’s Perluas Program Santun Pelajar Ke 75 IPT

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

McDonald’s Perluas Program Santun Pelajar Ke 75 IPT​

ea0ffe9c76bcba6df3cf4a54cf0715026a3bb81a0fcee

cee54fa9a24c832999991aeff87bc8b56a3bb83bf1e4a

Kredit: McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia memperluas Program Santun Pelajar ke 75 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara dengan sasaran mengagihkan satu juta baucar Nasi Mekdi menjelang akhir tahun bagi membantu pelajar berdepan cabaran kos sara hidup.

Menerusi kenyataan hari ini, McDonald’s Malaysia memaklumkan program berkenaan yang sebelum ini melibatkan 20 IPT kini diperluas menerusi kerjasama lebih rapat dengan pihak universiti bagi memastikan bantuan disalurkan kepada pelajar yang benar-benar memerlukan.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai berkata program itu mencerminkan komitmen syarikat untuk terus menyokong pelajar IPT dalam menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

“Kami percaya akses kepada keperluan asas seperti makanan memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar dapat kekal fokus dalam pengajian dan mencapai potensi mereka,” katanya menerusi kenyataan sama.

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan fasa kedua program itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dipilih sebagai antara lokasi awal bagi penyerahan simbolik baucar Nasi Mekdi di peringkat IPT.

Lebih 13,000 baucar diperuntukkan kepada pelajar yang dikenal pasti memerlukan dengan pengagihannya dilaksanakan bersama Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM.

Ahli Lembaga Pengarah UTHM Dr Abdul Rahman Bahasa berkata pihak universiti menghargai keprihatinan McDonald’s Malaysia dalam membantu menjaga kebajikan mahasiswa.

“Melalui program yang dianjurkan dan disantuni oleh PHEP UTHM ini, kami dapat memastikan aspek keselamatan makanan dan kesejahteraan harian pelajar sentiasa diberi keutamaan, iaitu amat penting dalam menyokong prestasi akademik serta emosi positif mereka di kampus,” katanya.

Bermula 20 April hingga 31 Dis ini, setiap IPT yang terlibat diperuntukkan baucar Nasi Mekdi untuk diagihkan kepada pelajar yang dikenal pasti melalui PHEP masing-masing.

 
Back
Top
Log in Register