Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Model WBL Di IPT Perluas Kebolehpasaran Graduan Media Dan Komunikasi
Pelaksanaan model Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) di institusi pengajian tinggi (IPT) dilihat sebagai pendekatan progresif dalam usaha melahirkan graduan media dan komunikasi yang kalis masa depan serta kompetitif di pasaran kerja.
Rata-rata pakar bidang kewartawanan dan komunikasi berpandangan bahawa latihan industri konvensional yang lazimnya berlangsung antara tiga hingga enam bulan ketika tahun akhir pengajian tidak lagi mencukupi untuk mengikuti kepantasan evolusi teknologi semasa.
Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Ima Liana Esa berkata menerusi WBL yang menggunakan pendekatan hibrid, pelajar tidak perlu menunggu sehingga tahun akhir untuk memahami realiti industri, sebaliknya dapat mengaplikasikan teori bilik kuliah secara terus dalam ekosistem sebenar secara masa nyata.
“Langkah progresif ini bukan sahaja merapatkan jurang kemahiran antara universiti dan industri, malah membentuk daya tahan serta kematangan mahasiswa dalam mengendalikan teknologi termaju secara praktikal sebelum melangkah ke alam kerjaya,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM telah melaksanakan konsep WBL menerusi Program 2u1i (dua tahun di universiti, satu tahun di industri) melibatkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Penyiaran.